TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Friday, 11 January 2013

Jagalah tutur kata walau dimana anda berada......

Assalamualaikum w.b.t

Nak share la sikit pengalaman mengandung kali neh. Untuk anak yang kedua ni Insya'Allah Hana akan ada teman main masak-masak. Bukan main pistol-pistol macam yang aku harapkan. Yelar kalau dah pertama gugirl anak kedua pasti kita nak jantina berlainan kan? tapi tu semua kuasa Allah yang menentukan. Kita tak punya kuasa apa-apa untuk menentukan jantina anak. Melainkan ko memang gi kat doktor nak anak sekian-sekian. Then ko kena la buat rawatan. Bayar ribu-ribu. Sekarang ni kalau nak anak kembar pun doktor boleh buat. Tapi tu semua atas kehendak Allah yang Maha Berkuasa jua. Kalau jadi..jadi...kalau tak jadi...maknanya rezeki bukan milik ko.

Tapi disebabkan harapan nak dapatkan anak lelaki untuk pregnancy kali ni tinggi. Mula-mula tu masa tau gender ialah pompan memang ada rasa frust sikit dalam hati aku ni. Tapi dalam masa yang sama istighfar banyak-banyak. Redha dan bersyukur tak tekira.  Lagipun kejadian penciptaan manusia adalah yang paling hebat. Mana taknye. Hanya dengan setitis air mani. Maka terbentuk lah tulang belulang yang kemudiannya disaluti oleh daging. Maha hebat ciptaan Allah.

Cumanya bila ada orang yang tau aku mengandung anak kedua ni pun pompan. Maka adalah ayat kurang cerdik keluar dari seorang perempuan (juga) orang yang aku hormati (dari belah hubby)  berkata " Apa la hang ni pompan lagi ka?  (ayat ni tuju kat hubby) itu ayat no 1 dia. Kemudian keluar lagi ayat no. 2 "payah kalau takda anak lelaki nanti takda pewaris" (yang ni tuju kat aku).

Aku dengar pun mula-mula macam ehh....ape kena dengan pompan ni? dalam hati memang panas menggelegak. Rasa kalau ada cili kat depan aku kompom dah ku cili-cilikan mulutnya itu. Tapi disebabkan masa tu mak mentua aku pun ada kat situ. Jadi aku balas balik dengan ayat yang "manis".."Eh...sapa kate takda pewaris? anak-anak tu sumanya waris..lagipun baru anak no. 2 next baby kita try pulak dapat anak lelaki". Dengan nada yang agak tegas dan lantang tapi sambil-sambil tu cakap sambil gelak-gelak laa.. means suasana tu tak mati kat situ. Masih dalam mood yg baik laaa... dan "orang itu " pun senyap gitu je....mungkin dia dah sedar yang dia tersalah cakap.

Bagi aku bila dia cakap macam tu menunjukkan yang dia tu kurang ilmu pengetahuan agama. Kurang ilmu menghormati orang lain. Tidak tahu menyusun kata-kata supaya ayat yang dilontarkan tidak mengguris perasaan hati. Tidak tahu erti untuk mensyukuri nikmat pemberian yang Maha esa. Iye aku tahu dia punya 3 orang anak. Seorang anak lelaki. Hanya seorang. Tapi itulah yang dibangga-banggakan. Andai kata suatu hari nanti Allah menjemput anak lelaki kesayangan dia tu terlebih dulu dari dia. Tidakkah dia berfikir yang dia sudah kehilangan waris?? maksudnya anak lelaki?

Apa yang aku nak tekankan kat sini adalah. Lelaki atau perempuan tarafnya tetap sama sebagai manusia. Yang membezakan adalah imannya. Akhlak. Ilmu. Seramai mana anak kita tapi kalau kita tak terapkan dengan pengisian rohani maka tak guna jugakan? setakat ilmu disekolah jelar. Tapi kat rumah tak dipraktikkan langsung sunnah-sunnah nabi untuk mengangkat keluarga menjadi keluarga sakinah. Tidak diterapkan anak-anak dengan akhlak dan peribadi yang baik. Macam mana nak jadi contoh?

Sejak aku sah preggy lagi aku dah berdoa..Ya, Allah kau tiupkanlah roh yang baik kepada janin dalam rahim ku ini. Jadikanlah dia anak lelaki seandainya itu yang terbaik.."

Tapi bila scan dan doktor kata baby girl itu kan dah tandanya anak lelaki buat masa ni bukan yang terbaik untuk kami sekeluarga....Ape pun yang berlaku aku tetap bersyukur dikurnikan rezeki anak. Tak macam orang lain yang terpaksa tunggu bertahun-tahun nak dapat anak.

Oleh Sebab tulah bila kita nak berkata-kata (peringatan untuk diri sendiri juga) lebih-lebih lagi hal-hal yang sensitif sangat perlu untuk difikirkan . Walaupun dalam keadaan gurau senda. TAK SEMUA ORANG BOLEH TERIMA GURAUAN YEEE..cukup sekadar diam dan tak perlu kata apa-apa. Tapi kalau dah terlepas kata tu. Cepat-cepat la cover balik dengan ayat yang manis dan kalau perlu mintak maaf segera!! tidak kira la dalam situasi apa pun..

Sebenarnya benda ni dah lama berlaku. Tapi tiba-tiba teringat tu yang aku post kat sini. Sebenarnya aku takdela amik hati dengan kata-kata "orang itu". Sampai ke harini hubungan kami masih baik. Biasala adat bersaudara. Kadang-kadang kita terlepas bicara dan perbuatan. Sama juga macam aku.

Dan tekad aku kali ni cuma nak besarkan anak-anak dengan cara hidup yang sederhana dan penuh keislaman. Tak perlu beli baju mahal-mahal yang berjenama (tapi kalau tengah sale rugi kalau tak beli...haha). Tak perlu beli kasut mahal-mahal yang konon bertaraf antarabangsa. Tak perlu bagi makan di restoran yang kadang-kadang lidah pun sukar nak sebut. Cukuplah bagi ku pendididkan bertaraf alim ulama pada anak-anak. Cukuplah bagiku beri anak-anak pakaian yang murah-murah tapi elok menutup aurat dan cukuplah bagiku memberi makan dari sumber yang halal lagi toyyibban.

Terima kasih pada "orang itu" sebab menyedarkan aku. Betapa aku bersyukur sebab diberi nikmat yang maha banyakkkkk...tak terhitung setakat 29tahun aku hidup ni. Yang penting aku bahagia dengan suami dan anak. Paling penting pandangan Allah bukan pandangan manusia.

Tak kirala kat mana pun kita berada dan dalam apa jua situasi pun kita kena jaga tutur kata. Biarlah orang kata kita ni berat mulut. Dari kita berkata sesuatu yang menyakitkan. Melainkan kita dengan orang yang betul-betul kenal siapa kita. Dan faham maksud bila kita berbicara. Maksudnya kalau kita bergurau dia tau kata-kata kita tu sekadar gurauan. Kalau kita serius, dia tahu kita memang tengah serius. Jadi dengan siapa pun kita berada kena jaga tingkah laku, jaga pertuturan, jaga adap. Jangan main belasah je...


Entry sekadar luahan hati.......salam jumaat semua

Baru perasan harini jumaat. Sebab semalam aku kan cuti. So, rasa macam harini hari isnin pulopp...ekekeke....




EnaMokhtar

Shopping di Sogo Warehouse Sale

Assalamualaikum w.b.t


Owh entry tidak bergambar sebab tak ingat nak ambil gambo langsung!! eksited lebih nak sopping jeeee.....


Legaaa.....sebab apa? semalam aku dah shopping barang baby. Bukan main lagi nak tak nak pergi. Last-last pegi jugakss...haha...Ni pun Hubby punya pasal. Saje nak bagi aku serba salah. Sebab pagi semalam lepas subuh berjemaah tu aku pi la tanya hubby nak pergi tak sogo..Then sambil sengih-sengih dia cakap. "Abg tak kisah, abg cuti harini kalau nak pergi jom jeeee..." pergghhhh ayat tak boleh blah..saje nak membakar aku la tu..Dan akhirnye aku pun tertewas la jugak...haha..amik cuti juga aku semalam..


Gerak dari rumah pukul 9.30. Lepas hantar Hana kat nursery terus tuju ke tol Nilai. Mula-mula hubby suruh bawa  Hana sekali tapi aku tak kasik sebab kesian kat dia penat nanti. Lagipun orang kompom ramai punyeeee..Last-last hantar juga la Hana kat nursery. Kesian jugak kat dia. Tapi kalau bawak sekali,lagi kesian sebab nanti dia tak selesa pulak orang sesak-sesak tukan kan...So,pung..pang...pung ...pang...sampai Sogo dekat kol 11 lebih jugakla sebab jemsssss...Aku pun pelik juga ni. Time keje pun pagi-pagi boleh jem..


Dipendekkan cerita sampai Sogo kitorang parking basement paling bawah sebab parking yang kat atas2 semua dah full. Dalam hati dah suspek ni kat dalam kompom crowded. Pastu setel bab parking kitorang pun jalan la naik atas. Tapi sebelum tu breakfast dulu. Ala mase tu pun dkat kol 12 jugak la. Kire lunch sekali la tuu..Makan kat kyros kebab hubby makan spegeti+air teh o. Aku makan nasi ayam+teh tarik. Total rm25. Waaaaa...aku cakap ni kalau tapow kat tempat kak su jual nasi lemak kompom macam-macam lauk kita dapat ni..hubby sengih jela masa tuuu...hahaha


Ok.


Lepas makan terus la naik tingkat 4 kot. Kalau tak silap aku la tempat kanak-kanak. Tengok orang macam tak ramai pun. Kata ada warehouse sale kannn...almaklum la aku first time gi warehouse sale kat sogo. Jadi macam peliks la sikit asal tak ramai orang. Dipendekkan cerita, tengah pilih-pilih baju baby tu ada la salesgirl sorang ni datang tolong cari ape yang aku nak. Baik budak tu. Pastu dia cakap "masa ni tengah takde sale kak" tu harga biasa. Pastu aku dengan poyo pun tanya. "Eh bukan arini ade warehouse sale ke?" budak tu senyum then cakap " warehouse sale bukan kat sini. dorang buat kat tingkat tujuh. Memang tengah jalan dah sekarang ni".


Aku dengan muka terkejut ala-ala kena karen terus la cakap" Laaaa..patut la tak ramai orang. Akak pelik juga sebab dari level ground tadi sampai la tingkat 4 ni orang macam nan ado jeeee...rupenye dorang dah serbu tingkat 7" hahaha...Budak salesgirl tu pun explain la "Tu untuk member je. Tapi kalau akak ada credit card maybank pun boleh join jugaks. Masa nak bayo tu tunjuk la card tuuu...Tapi tak kisah la nak bayar cash ke atau credit card. Hubby punye member card dah expired jadi boleh je hubby guna dia punya maybank credit card.  Dah siap pilih hubby terus bayo ape yang kitorang dah amik tadi. Botol susu,baju bajan ada la 5 6 pasang. Ala yang murah-murah jerk. Kebanyakkan aku amik baju lobang-lobang. Jenama pureen semuanya. Aku suka la pureen sebab kain dia sedap. Pastu baby kiko changing mat+towel baby 2 helai. Total kena rm168. Ok lagi laaa..under budget la tuuu...


Setel je membayo kitorang terus naik level 7. Sampai je sana..mak oooiiiii orang kemain ramai. Tapi still boleh jalan lagi la..sebab kawasan dia pun luas. Ber-aircond pulak tu jadi takdela sesak sangat. Masuk dalam tu terus je nampak bedding set baby color putih. Yang tu takde dalam senarai membeli sebab aku ingat nak ulang pakai Hana punye je. Tapi hubby la macam exited lebih. "Dah alang-alang murah ni beli jela ibuuu..." katenye.....aku bila hubby dah cakap gitu harusla ikutt....hahaaaaa...mase kat tingkat 4 harge die rm125. Tapi kat tingkat 7 tu harge cume rm68. Bende yang sama. Murah la kan...set dia ada tilam+bantal+2bantal peluk. Aku tambah amik comforter design yang sama tapi set asing la. rm33. Harga asal dalam rm60++. So total rm101. Still lagi murah dari rege asal. So,hubby hangkut la benda tu masuk ke dalam hall pulak. Kat dalam tu lagi ramai mak-mak budak tengah pilih baju anak. Macam-macam brand ada. Pureen. Disney, baby kiko, soda, anakku..eh semua brand ada la kot. Kasut lelaki pun ada. Beg tangan pompan. Eh..semua la barang ada..rambang mata kot kalau masuk dalam tu.


Tengah syok memilih tu hubby tarik tangan aku. Pastu tunjuk kat atas pentas ada pempes drypers wee wee dry rm30 je kooo..pastu kat atas tu pun diletak juga tempat baju-baju budak. Memang kena pilih la. Tapi range harge semua dalm rm12 ke bawah. Saiz kena pilih la.. Aku pilih kemain semangat kooo..baju Hana aku amik dalam 3 pasang. Baju jalan dalam 4 helai. Semua rege bawah rm12. Brand baby kiko. Perghhh...rambang bijik mata ni weiii...Siap cakap dengan hubby kalah rege kat tesco. Sebab kitorng kalau beli baju basahan Hana memang beli kat tesco je. Murah pastu kain pun sedap. Tapi rege sehelai t-shirt dalam rm6/rm8 la gitu..kalau fesyen sikit rm10/12 gitu...


Untung juga la shopping kali ni baju baby dapat beli, baju Hana pun dapat diborong sekali. Pastu barang asas baby pun dapat. Barang hubby pun ada. Aku je tak beli pape sebab macam tak nafsu nak soping baju sendiri. Ada aku pilih baju kemeje voir rm35 je..tapi belek-belek letak balik. Pastu baju meternity pun ada..brand modern mum after sale semua jadi rm79 dari rege ratus2 tu. Tapi bila fikir-fikir balik macam tak berbaloi beli sebab pakai pun time preggy je nanti. Kikiki..dah belek-belek letak balik...Ntah macam tak kisah kot. Sebab puas hati dapat beli barang anak..haha


Sambil-sambil aku pi pilih-pilih baju tu hubby pi beratur. Dah siap pilih passing kat hubby pulak....hahaaa...Time ni memang orang ramai sangat. Tapi kaunter bayaran bukak banyak. Adalah lebih sepuluh kaunter dalam Hall. Kat luar pun ada bukak kaunter bayaran jugak. Sangat puas hati la. Maksudnye takde orang nak bersesak-sesak berebut nak bayar.


So, total damage shopping kali ni adalah tunai rm600++...huhu nanges jugak tapi bila tengok barang yang dah dibeli rasa sangat puas hati......total tu termasuk shopping yang kat tingkat 4 tu haa...beli harga biasa. Bukan rege warehouse....kikikikiik...Antara barang yang aku beli:


1) Baby Bedding set+comforter
2) Baby Kiko changing mat (penting ni sebab masa Hana dulu sangat berguna sebab dia suka terkencing masa tengah tukar pempes)
3)Baby kiko Towel 2 helai
4) Botol susu Tommee tippee 1pcs
5) Baju bajan Hana+Baby dalam 30helai++
6) Pempes drypers wee wee dry 2beg (kat luar biasa rm35. warehouse sale dapat rm30 jeee..)
7) Pad kotex 2beg  (rm11 jee..)
8) Barang hubby (rahsiaaaa...haha)
9) Mitten 3 pasang
10) Aku lupe sebab ada banyak lagi sebenarnye barang yang kecik2 tuuu...kikiki

So, pasni tinggal beli barang mandi baby je...yang lain2 tu pakai kakak punye sudahhhh....


Pada yang nak pergi sempat lagi. Sale sampai 13jan ni je yeee...Ingat jangan bawak anak taw..kesian kat anak tu nanti penat...heeeeee...


Wassalam, EnaMokhtar