TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Monday 3 December 2012

Tempat persinggahan wajib.....

Assalamualaikum w.b.t

Sejak pertama kali aku kesini. Aku dah rasa macam jatuh hati laa kat tempat neh. Sebab sesuai dengan jiwa aku kot. Sebab tu balik kampung kali ni aku ajak En.Hubby singgah sini lagi..Alah mana lagi kalau bukan Tanjung Dawai...kahkahkah...Emo betul aku....kikikiki...

Masa nak ke sini aku ajak kakak ipar aku sekali. Boleh dia cakap Tanjung Dawai takde pape pun. Cinonet je tempat dia. Ingat besar bangunan nye..citttt!! berani dia kutuk Tanjung Dawai aku yeee...hahahaha...Dia kutuk tu sebab dia ajak aku pegi Padang Besar. Lepas tu ajak masuk Wang Kelian sekali. Aku taknak sebab masa tu pun dah dekat pukul 10.30pagi. Baru nak ajak ke Padang Besar. Perjalanan je dah 1jam. Tu belum tunggu dia anak beranak nak bersiap. Sampai sana kompom panas menyengat. Tambah-tambah plak time cuti sekolah kompom lagik sekali orang ramai. Dengan kenduri kawin yang bersepah. Mesti berbas-bas la makcik-makcik singgah kat Padang Besar. no..no..no...

Ekekekekee...Lagipun Padang Besar tempat dia luas. Dan aku memang takde motip nak membeli belah apepun kat Padang Besar. Jadi dikhuatiri duit akan mengalir lagi banyak sebab shopping tanpa arah tujuan....hahaha...Alasan!!

Sebenarnya aku ke Tanjung Dawai sebab nak beli sotong kering dan etc... Weiii...jangan gelak pulak tawww...sotong kering dia sedap tau. Bersih. Berkualiti. Jauh beza dari sotong kering Wang Kelian mahupun Padang besar. Tapi sebab lain adalah kerana Nasi Goreng Udang terbaeeekkk aku pernah makan setakat ni adalah kat Tanjung Dawai ni haaa...Sedap hingga mejilat jari...hahaha

Setelah habis memborong segala yang diperlukan. Barulah kita turun untuk makan!! korang layan jela gambo mak buyong tengah membaham ni yee..En.Hubby pun dah tak boleh nak cakap ape. Dia layan je fe'el bini kesayangan dia ni haaaa...kikikikii


Gambo udang closed up takde. Gambo udang dah kena kopek je ada..ekekeke.. 
 
 
  Peace!! Hana hirup sup je pun..
 
 

Selera betol hirup sup yee..
 
 

Wassalam, EnaMokhtar

Hai....

Assalamualaikum w.b.t


What's up everybody...fuhhh..fuhhh....tiup-tiup sikit blog yang dah berabuk neh..lama sungguh la tak hupdate blog. Mood semakin merudum nak hupdate blog sebab bizi dengan urusan harian. Sepanjang tak hupdate blog neh macam-macam yang berlaku.

Adat la..

Dalam kehidupan duniawi ni...mmm..Tapi yang pasti aku dalam keadaan sihat wal'afiat. Kandungan semakin membesar. Dah masuk 27weeks. Perut pun makin memboyot. Rasenye masa Hana dulu perut aku tak besar macam neh. Nak jalan pun makin berat kaki melangkah. Selera makan masih ditahap yang boleh dimaafkan. Kadang-kadang kalau datang mood nak melantak, memang makan tak hingat dunia. Bila perut dan senak dan susah nak bernafas barulah sedar diri sikit. Tapi time tu dah terlambat sebab perut dah sengkak menunggu untuk proses pembuangan keesokkan hari. HAHAHAH..

Anyway, banyak cerita yang nak dikongsikan. Nanti la aku hupdate satu persatu. Almaklum la mood bercuti masih diawang awangan. Iye, 24hb nov aritu aku balik kampung sempena majlis perkahwinan adik ipar kesayangan. Lepas tu ape lagi cergas la pi ronda-ronda 1 kedah bercuti. Sambil menyelam minum air. Sebab tu aku suka balik kedah sebab sepanjang highway nak ke kedah tu boleh je nak singgah masuk Penang ke,Tambun ke. Bukit Merah ke, Cameron Highland ke, yang penting sediakan je duit perbelanjaan. Tapi sebab time cuti sekolah memang tak la aku terjah tempat-tempat tu semua kennn...tak larat nak menghadap umat manusia yang ramai nehh..Jadi kita jalan-jalan dalam Kedah je dulu. In sha allah bulan 1 akan ada perancangan bercuti sebelum bersalin kate koo..kehkehekeh...

Bila perut dah memboyot ni (walaupun baru 27weeks). Perjalanan jauh selama 6-7 jam adalah sangat tidak selesa. Kena berhenti banyak kali untuk sesi pembuangan air kecil. Pastu ditambah pulak dengan sesi si Tuan Puteri Hana Humaira muntah-muntah dalam kereta. Sebab ape aku pun tak tau. Actually sebelum kitorang keluar rumah lagi dia dah start muntah. Maybe excited nak jumpa mak tok kot. (tetiba).

Tapi Alhamdulillah, Bila lepas muntah-muntah tu aku urut-urut tengkuk dan bahu barula dia ok. Dah tak muntah. Dan masa urut tu memang aku asik sendawa je. Nak membuktikan yang Hana muntah sebab badan dia masuk angin kot...hahaha..

Tapi syukur jugak sebab lepas aku urut dia terus tertido dan bangun 3 jam kemudian bila dah nak sampai tol Alor Setar. Macam tau2 je dah nak sampai rumah Mak Tok..huhu..Dari Nilai lebih kurang pukul 2pm ++ dan sampai ke Alor Setar lebih kurang pukul 11pm++. Sila kira berapa jam atas jalan. Mungkin faktor berhenti banyak kali la lambat sampai kot.huhu...

Ok.

Tu baru kira separuh cerita. Belum kira cerita sepanjang majlis berlangsung. Aktiviti harian kat sana lagi. Panjang lebar ye...Takpela nanti ada masa aku taip panjang-panjang lagi yee..Sebelum tu meh tengok gambo pengantin baru neh....


Berkat usaha gigih aku memasak bermacam resipi. En.Hubby semakin montel. Alhamdulillah...hahaha lariikkkk!!...




Wassalam, EnaMokhtar