TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Thursday, 21 June 2012

Budak tengah banyak akal....

Assalamualaikum w.b.t


Ehhh..terlebih rajin pulak harini buat enrty..hehe..layan jela ye..:)


Cer tengok budak bertuah ni tengah buat apa..


 Mula-mula kita basuh jari-jari kaki dulu ok...


 Lepas tu tuangkan sedikit air dibahagian tapak kaki pulak..awww...


 Opss..pastikan kesemua jari kaki terkena air. Barula bersih. Ibu basuh tak bersih.


 Owhh..kemudian titiskan pulak air diatas tapak tangan.


 Akhir sekali sapu air rata-rata dibahagian betis kaki. Supaya betis kekal menawan.

Peel dia sekarang suka curah air dalam botol tu kat kaki,tangan,perut. Konon-konon macam sapu losyen gitu. Sampai lencun baju, seluar semua tu la..

Picture ni ayah dia yang snap. Masa ni aku tengah masak kat dapur. Ni kalau aku yang nampak memang akan berlaku rampasan botol air. Lepas tu drama leleh air mata la budak kecik ni. Biasanya kalau aku marah Hana, aku akan cakap.."Hana tak sayang ibu ke?". Nanti dia akan pergi kat aku sambil peluk kaki aku pastu dengan airmata berjujuran sebut " Ibu watttt...(ibu buat)". Lepas tu nanti aku dokong la kan pujuk-pujuk..kiss-kiss tak kan nak buat drama korea pulak dengan aku-aku sekali nangis..haha.

Budak dah banyak akal macam tula kan..Macam-macam peel. Ada yang aku boleh sabar. Sabarlah. Lagipun budak kecil lagi. Belum pandai bercakap sepenuhnya. 

Kadang tu kalau aku balik keje. Masuk je rumah mula la dia buat perangai. En.Saiful ada sekali tu marah dia. Nada agak kuat la jugak sebut nama dia "HANA!!" . Terkejut la budak tu kan. Nangis meraung-raung kauuu. Tak pernah-pernah kena tengking dengan Ayahnya. Kena tengking sebab apa aku dah lupa laa. Last-last aku cakap dengan En.Saiful baik-baik "Awak jangan marah dia..orang je yang boleh marah dia taw..kesian satu hari tak jumpa mak ayah dari pagi sampai petang. Tu dia nak perhatian la tu..." drama betul la.Yelar aku faham kami masing-masing penat. Jadi  masing-masing kena bertolak ansur dalam bab-bab macam ni. Tu baru sorang. Esok kalau ada adik macam mana? *pegang dagu*..


Wassalam, EnaMokhtar

Akhirnya...haha

Assalamualaikum w.b.t

Lama sungguh tak snap pic berdua-duaan macam ni..hehe..

 Hambekk kauuu...gambar besauuu..haha..

Perasan macam tengah couple pulak aih..haha..Ehhhhh..tapi memang kami couple pun..COUPLE HALAL LAGI Tawwww...Haha. 

Bukan apa,sejak dah ada anak ni, jarang sangat dapat ambil pic berdua. Ni pun masa Dinner MA Sepang last Friday. Hana Humaira aku letak kat rumah maklong dia. Minta tolong Maklong nya jagakan kejap. Dinner start dari kol 7.30pm-11pm. Tapi kami datang kol 8.30pm. Punctual kan.Tak kisah la janji dapat setelkan dulu solat Maghrib yang wajib tu haa..pung pang pung pang..gitu gini..majlis setel kol 10pm..otw balik singgah jap mart beli susu Hana. Dutch Lady 1,2,3 perisa madu. Agak mahal juga kalau nak dibanding kat Giant atau Tesco RM23++ 1kg. Kalau kat Giant baru rm21-22. Time sale boleh dapat Rm18 1kg.

Gitu la kan sejak dah ada anak ni. Siap boleh compare mana mahal mana murah. Cuba time bujang dulu, Setakat nak shopping baju dengan kasut rm100-200 sepasang macam tak heran sangat. Tapi bila dah ada komitmen keluarga macam ni. Pandai-pandai la nak budget kan. Bukan nak berkira, tapi selagi tak membazir dan kualiti pun sama, lebih baik kita beli yang murah. Lagipun Hana tak boleh minum susu mahal. Nanti susah nak membuang. Pernah sekali try beli Nan Gold yg dalam kotak tu. Tak ingat berapa gram. Tapi dekat rm60++ la jugak. Naseb la tak sesuai untuk Hana kalau tak kering la poket ibu dan ayah nak belanja susu mahal cenggitu. Haha

Ehhh...macam dah lari tajuk je ni....haha.



Wassalam, EnaMokhtar

Musim Jerebu

Assalamualaikum w.b.t

Saya tengah selsema ni. Maybe sebab faktor cuaca sekarang. Tapi kenapa ye kalau orang demam mesti dikaitkan dengan faktor cuaca? *garu tangan*. Cuba kaitkan dengan faktor pemakanan ke, pergaulan ke? takpun faktor awak tu banyak dosa sebab tu mudah dapat sakit *garu pipi*Huhu.Tapi takpe, sakit itu kan penghapus dosa.

Iye, sekarang ni musim jerebu telah melanda Malaysia tercinta. Jadi buat masa ni kurangkan la sikit aktiviti outdoor tu ye. Paling penting minum air masak banyak-banyak. Kalau dapat air masak yang bertapis lagi bagus. Sekarang ni pun En.Saiful over excited beli air mineral berkotak-kotak dan berbotol kat rumah tu sebab nya water filter kami rosak. Tu yang En.Saiful balun beli mineral water selambak macam tu. Takpela biar berhabis duit untuk kesihatan. Sebab once u dah sakit, nak buat ape pun tak boleh. Usah kata sakit kronik macam kat Hospital tu haaa..Cukuplah kalau setakat demam biasa jee..Mesti lemah longlai kan.

Sebab tu la kalau boleh jangan berkira untuk berbelanja ke arah kebaikan macam ni. Tapi jangan pula kata "saya nak berhabis duit untuk maintence healty, tapi tetap jugak kena kanser. Tetap juga dapat sakit buah pinggang dan etc..etc.. macam mane?". Kalau dah gitu anggap saja penyakit tu sebagai penghapus dosa yang lalu. Kalau kita redha dengan sakit yang sedang kita hadapi. Insya'Allah, Allah akan angkat darjat kita ke tempat yang lebih tinggi yang tiada seorang manusia pun tahu mengenainya...

Bercakap pasal jerebu ni. Saya baru plan nak pergi mandi manda kat gold coast Morib. Bawak budak kecik tu main air. Tapi sebab tengok cuaca macam tak berapa baik. Terpaksa la postpone ke tarikh lain. Memang tak prepared apepun. Datang dah terjah macam tu je..Haha.

Anyway, last word dari saya. Jaga diri, Jaga kesihatan, Jaga akhlak. Insya'Allah semoga Allah pelihara kita dari sebarang wabak penyakit yang merbahaya. Buat yang tengah sakit tu. Sila ikut nasihat Doktor. Makan ubat, dan minum air masak banyak2. Supaya dapat memudahkan sistem penghadaman dan nyahtoksin dalam badan....semoga kita sihat-sihat selalu. Maaf sebab entry tiada gambar. Heh.

Last word la sangaatttt..haha.


Wassalam, EnaMokhtar