TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Friday 17 May 2013

#Camera 360...akakakaaa...

Assalamualaikum w.b.t


Uiks, sekali upated 3 entry terus..Ko ada? hahaha...

Edit guna camera 360 so boleh la perasan cantik jap...agagagagaaaa..




.Dasyat la sekarang ni. Macam-macam apps ada kat dalam hp. Yang ni Senior Engineer aku tolong buatkan guna note dia. Saje masa ni tengah boring-boring. Dari muka toye terus jadi licin gila kulit. Freckle pun boleh hilang. Hahaha..

Saje aku tunjuk gambar ni kat En.Hubby abes dia bantai gelak kat aku. Cisssss...hahahaa...

Hilang stress mak kejap bila tengok gambar ni..aakakakaaa....

Layan jelar yee..


Wassalam,
EnaMokhtar

BreastPUMP??

Assalamualaikum w.b.t

Aku guna pump ape?

Ni hah....


  Medela Swing..beli tahun 2010.. harga dalam rm600++ ke rm700. Aku lupe..kikiki..


 Sekali pump dapatlah 4oz-5oz. Biasa aku pump tengahri sekali dan petang sekali.


 Yang ni botol besar sikit dalam 5oz.


 Tempat kejadian biasanya aku pump kat surau atau dalam bilik opish En.Hubby. kikikii...

Demand semakin tinggi. Jadi kena selalu pump. Sekian bagi yang bertanya aku pakai breast pump brand ape. Testimoni dari aku. Ok je. Sangat berjasa. User friendly. Takde button yang pelik-pelik ko kena tekan. Semudah 1,2,3 je ko nak guna. Kalau takde pump ni mau aku nangis siang malam...hahaha...Alhamdulillah sangat berpuas hati. Lagipun spare parts dia skang ni dah senang sangat nak cari. Kat kedai-kedai baby biasa pun ada jual. Setakat yang aku pakai ni belum ada apa-apa masalah pun.

Cuma shield die je terkoyak aritu. Tapi shield tu memang patut koyak sebab dah lama sangat pakai. Dan spare parts sheild memang ada bagi free 1. So, aku belum pernah lagi la nak keluar duit untuk ganti spare parts dia....hehe...

Pada siapa-siapa yang first mommy to be dan tak tau nak beli breast pump jenama apa. Ni tips aku nak kasik tauk :

1-Tentukan budget dulu yee..
2-Tanya diri sendiri dulu nak yang jenis double atau single. Electric atau manual.
3- User friendly. Means tak berat dan tak besar sangat. Dan bunyi pump yang tak kuat.
4- Brand yang senang ko nak cari spare parts.
5-Pilih jenama yang dipercayai
6-Survey la dalam google dah banyak sekarang brand yang murah-murah dan berkualiti. Kalau branded je lebih tapi tak berkualiti pun tak guna jugak kan.....kikiki

Pilihan di tangan anda..


Wassalam,
EnaMokhtar

Saya perlukan percutian

Assalamualaikum w.b.t

Dalam negeri je. Yang dekat-dekat sudah. Nak sangat pergi sinik!!

Gold Cost Morib







 Picture-Terima kasih En.google...


Wassalam,
EnaMokhtar

Hani Nadira 3month

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..20hb ni bersamaan hari isnin genaplah Hani Nadira 3bulan. Malam tadi tak boleh tido. Kesian Hani asik terjaga je sebab selsema. Pagi tadi lepas aku mandikan Hani, masa nak pakaikan baju Hani asik bersin je. Meleleh hingusnya. Selsema tu maybe jangkit dari Kakak Hana kot sebab dia pun baru je baik dari selsema. Sampai sengau suara. Now kakak getting better la. Cuma batuk je belum hilang lagi.

Antara gambar yang ada. Banyak sebenarnya gambar dia tapi dalam lappy kat rumah. So,layan jelar yang ni dulu yee..


 Ni masa on the way balik kg. Alor Setar seminggu sebelum aku naik keje. Sedap je Hani tido.


 Kat rumah Mak tok..


 Ni on the way balik Nilai pulak. Kebetulan sehari sebelum aku nak balik Nilai tu aku beli la stroller and car seat baru untuk si Hani. Murah je. Ni kira rasmi car seat baru la ni. Sepanjang jalan tido elok je dalam car seat tu. Guddd anak ibu...eheheee..


 Tutup sikit mulut tu adik oiiii...

Setakat ni Hani ok je. Tak banyak ragam la. Kalau lepas minum susu tu aku letak je depan tv elok je dia diam. Kadang-kadang sampai tertidur sendiri. Tak payah nak dodoi ke hapa. Magic la pulak. Kalau time Hana dulu. Memang takdelah dia nak tido sendiri. Kalau didodoi pun tido dalam 15minit pastu bangun balik. Dah aku kena sua nenen kat dia sampai dia tido balik. Penat jugak. Sampai sakit pinggang kadang tu. Tak cukup belah kanan, tukar pulak belah kiri. Sangat mencabar !!.

Tapi,

Alhamdulillah si adik ni memang lain perangainya. Tak banyak ragam. Senang nak jaga. Time tido pun senang je. Kalau lepas dia kenyang tu memang dia dah tak merenggek atau meragam la. Kadang kalau lama takde orang kat sebelah dia, dia akan bising jugak laa..masa tu aku suruh la Hana main dengan adik. Nanti cecepat dia pegi kat adik. Cakap-cakap dengan adik ajak main. Kadang dicium dipeluk adiknya. Sweet sangat. Kadang siap cakap "Adik jangan nangis ibu tengah masak tuuu". Bijak bercakap si kakak tu. Sayang dua-dua anak ibu..

Cepat je masa berlalu. Macam tak caya aku ibu ber-anak 2.heh....


Wassalam,
EnaMokhtar