TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Monday 29 April 2013

Red Snapper cheesymilk

Assalamualaikum w.b.t

Ni menu semalam..owh rajin aku masak...dah lama tak main masak-masak yang bebetul punye harini. Selalu tu masak simple-simple jeee...

Ok.

Resepi ni aku main hentam keromo je. Tetiba terlintas nak masak yang ala-ala buttermilk. Tapi sebab takde butter aku tukar pakai cheese lorr...Resipi sesuai untuk tekak yang suka makan benda berkrim atau bercheese. Macam aku laki bini memang la suka makan cheese. Kalau dapt cheese kek lagi la tak hingat doniaaaa...hahaha..


Bahan-bahan semua pakai ape yang ada dalam peti ais. Senang sangat. cuma yang leceh tu ko kena asingkan isi ikan dari tulang baru senang nak makan gitu.

Ok, senang cerita korang tengok jela bahan-bahan berpandukan picture kat bawah ni k..


 Sebelum nak masak kena pastikan dua beradik ni tido dulu..tengok dorang tido ni rasa macam tak caya pulak aku ni ibu ber anak 2..hmmmmm

Aku guna minyak zaitun...1 botol besar ni rege dalam rm20. Kalau botol kecik dalam rm10 jerkk..Ni la minyak yang aku pakai sepanjang masak makanan pantang aritu...


Lepas je bersihkan ikan dan asingkan tulangnye. korang celup la dalam telur yang dah dipukul. Aku guna sebiji je untuk 10 ketul isi ikan merah.

 Lepas tu celup pulak dalam adunan tepung ni. Bahan-bahan dia 4 sudu makan tepung gandum, garam sikit, kunyit sikit, lada sulah sikit, blackpeper sikit. Aku tak sukat jadi korang agak-agak jelar..kikikiki


Lepas tu goreng laaa..pastikan minyak betul-betul panas supaya ikan tu nanti tak makan minyak banyak.

Dah siap goreng ke tepikan dulu..sedap jugak bila makan macam tu je..cicah dengan sos thai..perghhh..sedap tawww..macam makan udang goreng tepung jeee..


Ni bahan-bahan untuk kuah pulak..1cawan susu cair, daun kari, halia, bawang putih dan keju mozarella..keju ni korang beli la kat kedai bakery murah sikit banding kat tesco atau giant..


Mula-mula tumis bawang putih+halia+daun kari. Agak-agak dah naik bau baru masukan susu. Daun kari sekali dengan batang...hahaaa..


Agak-agak dah mendidih susu tu masukkan pulak keju mozarella..tambah la garam sikit gula sikit. Ikut suka hati korang la nak rasa camne. Agak-agak sedap tu kira ok laaa...hahaaaa..


 Bila kuah dah siap tuangkan atas ikan goreng tadi. Kalau nak gaul dalam kuah pun boleh. Ikut citarasa masing.. Dah siap tu sedap la makan dengan nasi panas-panas. Memang terangkat.



Amaran : lauk ni sesuai untuk orang yang gila cheese yee....kikikiki..selamat mencuba uollsss...




Wassalam,
EnaMokhtar

Friday 26 April 2013

Steamboat arang

Assalamualaikum w.b.t

Selalu kalau aku makan steamboat biasa akan ada tong gas kat bawah meja. Tapi kali ni lain sikit la..Steamboat guna arang...kat area K.L ada ke?

Kebetulan aku balik kampung minggu lepas. Mentua belum tengok cucu lagi. Tu yang balik seminggu. Syok la duduk kampung....hehe

Mula-mula macam tak caya je makan steamboat guna arang. Tapi memang terbaek la. Arang dia yang buat wangi. Macam biasa la steamboat ada kuah sup dan kuah tomyam. Aku makan kuah sup jelar. Tomyam aku tak berani nak makan lagi sebab ada pes udang kan. Takut gatal. Seafood pun aku tak makan la. Tak berani lagi sebab baru je lepas pantang kan. Aku cume belasah makan ayam dengan daging je. Sedap. Manis daging dia.

Saje bawak mentua makan steamboat ni sempena dapat bonus. Waaaaa...dalam pantang dapat bonus memang la duit tu tak kemana kan....tapi lepas pantang memang macam lipas kudung aku gi membuang duit. Shopping....shopping...shopping...alih-alih bila tengok duit dalam akaun macam...ehhhhh...apesal makin sikit baki nih...aduuhhhh...lagi mau tanya..haha..tular ka kalau ada kemudahan kad debit ni. memang tak gi atm dah...main swipe je..amaun shopping tu macam tak heran sangat. Cuba time tak dapat bonus. Nangis juga la nak keluarkan duit beli baju sendiri...kikikiki...bukan ape kalau nak beli baju sendiri tu kan macam fikir la dua tiga kali. Tapi kalau shopping baju anak memang tak pandang dah kiri kanan....betul kan?

Ok,

Venue kat jalan langgar Alor Setar. Jangan ditanya kat area mana sebab aku tak tau. Rm15 per person. Kanak-kanak bawah 3 tahun free. Makan la sampai kembung tapi jangan sekali kali membazir. Amalan syaitan tuuuu..Jadi jenuhla pak mentua, adik ipar and hubby kejap bangun kejap duduk nak topup pingan memasing hahaha...

So, layan jelar pic kat bawah ni yeee... 



See...takde pun pakai dapur. Yang ada cume periuk je..dalam tu dia letak arang hidup. Yang best nye kuah tu memang panas. Dan segala daging atau ayam yang di grill masak sempurna.


Yang pakai baju purple tu adik ipar aku. Baru kawin bulan 11 tahun lepas. Now tengah preggy. Yang pakai topi putih tu adik bongsu hubby.


Pak mentua and Mak mentua dok jauh sikit. Dah macam dating plak aku tengok...makan berdua kikiki...


Mak budak tak sedar diri baru lepas pantang pun nak lepas gian gak makan kat luar. Kira first time la ni bawak Hani makan kat luar.


Sambil makan sambil menyusukan anak. Hebat inspektor sahab...agagagaaa...tapi masa ni pun ni dah start meragam laa...pastu agak-agak dah puas ratah daging dengan ayam aku lari masuk keta sebab nak bagi Hani tidur..naseb dia tidur sampai rumah.


 Hana sangat behave yee....makan nasi goreng sampai licin. Pastu hirup sup kemain la sampai ditogoknye mangkuk sup tuu..siap tunjuk guddd...

Lepas ni boleh la nak gi sini lagi. Harga pun murah. Sedap. Macam-macam ada....Alhamdulillah berbaloi dan puas hati.


Wassalam,
EnaMokhtar

Wednesday 24 April 2013

First day

Assalamualaikum w.b.t

Lepas 2 bulan cuti bersalin, minggu ni adalah first day aku start keje. Dan hari pertama Hani ke nursery. Alhamdulilah semua berjalan lancar. Cuma biasalah bila dah cuti lama tu kita akan rasa berat nak pergi keje balik. Yelar dah sedap melepak kat rumah. Bila pagi-pagi kena siapkan anak agak kelam kabut la sikit. Masuk harini hari ke tiga aku bekerja. Bila dah cuti lama memang la kerja pun bertimbun walaupun dah handing over kat orang lain. Tapi biasala ada yang buat ada yang tak buat. So, kekdahnya pepagi buta masuk opis engineer dah tanya aku pasal kerja.

Dan yang paling best seminggu sebelum masuk keje aku dengar macam-macam version pasal rombakan besar-besaran staff. Masuk je opish bila jumpa balik dengan geng-geng gosip sahlaaa cerita tu semua. Cuma belum official je lagi. Ada staff yang akan kena transfer ke Airport lain. Ada staff yang kena itu kena ini. Ada pulak unit yang kompom kena bubar. Setelah berbelas tahun unit tu wujud last-last kena bubar la pulak. Abes semua staff kena transfer masuk unit lain. Aku pun nanti kena transfer jugak. Transfer kemana belum kompom lagi. Tapi bunga-bunga cerita tu dah ada la. Cuma belum official lagi. Yelar sejak KLIA2 nak bukak ni semua unit semua bos kena rombakan besar besaran. Yang tak kena tukar tu tetap la duduk kat situ. Yang kena tukar tu pulak sabar jelar kalau kena transfer kat tempat dan bos yang tidak diingini. Sekarang ni semua kena think positif gitu. Asalkan bulan-bulan dapt gaji sudah. Dan kena ingat keja kan satu ibadah so redha la jela mana-mana ko kena transfer nanti. Mula-mula memang akan kekok la sikit tapi lama-lama nanti Insya'Allah akan dapat sesuaikan diri.

Ok,

First day nak hantar Hani kat nursery pun rasa berat je. Sebab dah biasa kan sehari suntuk ada dengan aku. Takut jugak kalau dia meragam sebab tak dapat nak nenen. Tapi alhamdulillah petang tu aku amik dia tengah tido. Nyenyak jeeee...Alhamdulillah.

Tapi Hana aku tak hantar sebab Ayahnya nak jaga. Dia sukarela nak jaga. Katanya kita hantar ikut hari jelar ibu jimat sikit. Hantar time hubby keje pagi je. Itu pun kalau jatuh hari hubby bekerja weekday la. Kalau jatuh time weekend takyah hantar dah sebab aku cuti kannn... Kalau nak diikutkan memangla jimat. Yelar Hani je charge rm320. Kalau campur dengan Hana rm250. Total rm570. Waaaa...nangis jugak nak membayarnye. Tu belum masuk pempes susu lagi untuk 2 orang. Waaaa...nangis lagik sekali...Bukan nak berkira tapi kadang-kadang untuk dapatkan sesuatu kita kenalah korbankan sesuatu kan..jadi demi masa depan anak-anak aku kena kerja jugak. Insya'Allah bila masanya dah sampai nanti aku nak berhenti kerja. Jaga anak kat rumah sambil buat bisnes kecil-kecilan...bilakah masanya akan tiba?? biarlah Allah yang menentukan...


Tapi sebenarnya aku lagi suka Hana duduk kat Nursery secara tetap. Sebab boleh belajar. Kat sana pun ramai kawan-kawan dia. Taklah boring. Macam semalam sebelum aku amik Hani, aku balik rumah dulu amik Hana dengan ayahnya sebab nak bawak Hani gi cucuk 2bulan. Bila sampai je kat nursery aku ajak sekali Hana masuk dalam sebab dia asik cakap nak jumpa mama je..(owner taska). Bila aku keluar balik sebab nak letak beg dalam kereta terus si Hana melalak macam kena dera sebab dia ingat aku nak tinggalkan dia kat situ.....haahahaaa...tu sebab dah lama sangat tak pegi nusery la jadi macam tu. Kalau hantar hari-hari dia memang tak nangis. Siap lambai-lambai kiss ada larr..


Jenuh jugak la nanti ayah dia nak pujuk suruh dok nursery balik nanti...kikikikii..Hana pun dah besar. Bercakap pun mengalahkan orang tua. Pernah ada sekali tu aku marah dia sebab dia belasah main minyak telon sampai kering la botol minyak telon tu haaaa..saje aku takutkan dia dengan hanger. Pukul sikit la kat tangan. Pelan je tak kuat pun. Ada dia balas balik pukul bahu aku. Lagi la aku hangin. Tanya balik kenapa pukul ibu?? Dia balas tanya balik kenapa pukul Hana??? Waaaaaa...rasa macam kena pang je kat pipi sebab dia tanya macam tu. Tetiba rasa bersalah terus teringat kata-kata Prof Muhaya. Kanak-kanak adalah ahli syurga. Kita tak layak nak pukul atau marah mereka. Sebaliknya kalau anak buat hal kita la yang kena tanya diri sendiri kenapa anak buat perangai. Aduiii...memang menguji kesabaran betul. Sejak dah dapat adik ni memang perangai dia lain macam.

Tapi dalam buat perangai pun ada juga sifat dia yang menyentuh hati aku. Bila disuruh tolong amikkan pempes adik. Cecepat dia masuk bilik amik pempes. Bila disuruh buangkan pempes adik cecepat diamik buang dalam tong sampah dalam bilik. Bila disuruh tolong tengokkan adik kejap sebab ibu nak mandi. Cecepat dijawab "iyela ibuuu..". Bila aku tengah sedap mandi tetiba dengar suara dia menjerit kat depan pintu bilik air "ibuuuu...adik nangiss..."sambil ketuk-ketuk pintu bilik air. Bila time tengah lepak-lepak depan tv tu tetiba je dia datang kat aku kiss sambil cakap Hana sayangggg ibuuuu...pastu peluk kuat-kuat....waaaa...rasa nak nangis tapi cover laaa..kikikikii...sebab baru sat tadi dia kena lepuk kat kaki dengan ibu...Owh..sangat touching bila ingat balik. Tularkan kanak-kanak ni cepat je lupa ape yang kita buat kat dorang..Sebab tu aku cuba tahan marah bila dia buat perangai. Paling senang aku buat taktau je bila Hana meronta-ronta sambil menangis macam kena dera hanya kerana berebut remote tv dengan aku. Sebab dia nak tengok katun. Biasalah chanel 613. Dan paling tak tahan pun aku nangis la sambil istigfar banyak-banyak time perangai dia yang ala-ala menguji kesabaran tahan dewa. Tapi lepas tu di duduk depan aku sambil tanya kenapa ibu nangis?? ibu jangan nangis...lepas tu nanti dia pulak yang nangis....Serius dah macam drama la pulak...huhu..

Setakat ni kesabaran aku masih lagi dalam kawalan. Kalau hubby keje aku la kena handle budak dua orang tu. Alhamdulillah semua ok...semoga Allah beri kekuatan untuk aku terus bersabar dalam menjaga dan mendidik anak-anak. Ni baru dua belum masuk 3 4 5 6 orang lagi...ehhhhh??? hahaha..Selalu jugak la aku dengar cerita kakak-kakak kat opish ni pasal anak-anak dorang. Amik la sedikit sebanyak ilmu dari dorang. Yang baik kita jadikan teladan yang buruk kita jadikan tauladan..ehhhhhhh...macam dah lari tajuk la pulak...gasak lah...hahaha

Pape pun minggu pertama bekerja ni masih dalam mood nak enjoy sebab harini ada makan-makan sempena farewell budak opish kena transfer ke Aiport Langkawi. Jadi HOE (Head Of Engineering) la pulak. Dasat tol jadi big bos la pulak kat sana..hehee..lagi besar la tanggungjawab dia nanti.


K,la nak pi makan dulu....nanti kalau ada free aku up entry lain yeeee...



Wassalam,
EnaMokhtar

Friday 19 April 2013

Kronologi bersalin PART II

Assalamualaikum w.b.t

Ok.sambung balik hehe..

Lepas je aku hantar Hana kat nursery terus je gi sepital. Masa tu awal lagi dalam pukul 11 pagi la lebih kurang. Nurse dari KK datang rumah lebih kurang dalam pukul 10pagi.

Pung pang pung pang....Sampai sepital dekat pukul 12lebih la jugak pastu kitorang terus gi labour room. Nurse yang sama bertugas masa aku datang semalam tu tanya aku nak bersalin dah ke..Aku cakap la yang aku dah rasa sakit. So, staff nurse kat situ suruh aku lepak dalam labour room dulu sementara nak tunggu doktor intan datang. Sebab masa tu peak hours kat klinik dia. So, kenala tunggu dia release semua patient dia dulu.

Dalam masa nak tunggu doktor Intan datang check bukaan tu aku dengan hubby dok kehulur kehilir la dalam sepital tu. Jap-jap keluar kat lobi amik angin. Pastu gi solat kat surau. Walaupun aku dah masuk Labour room tapi aktiviti tetap bebas. Melainkan kalau kau dah sakit sangat sampai tak boleh jalan..haaa...time tu memang baring jela atas katil kan. Tapi sebab aku sakit pun tak kuat dan masih boleh jalan lagi so tu yang aku ligat berjalan. Lagipun berjalan ni boleh cepatkan bukaan kan...


Masa ni aku baru pas kena seluk dengan Doktor Intan. Disebabkan dia tak dapat nak naik labour room, so aku kena naik wheel chair turun bawah pegi klinik dia. Masa dia check bukaan tu baru 1 cm jeee..sebab tu sakit sikit2 je kot.


Lepas je doktor kata baru 1 cm. So doktor Intan decide induce jelar. So aku dengan pasrah pun kata ok la doktor. Doktor Intan suruh aku naik labour room dulu dan tunggu dia kat sana untuk masukkan ubat induce.

Sebab aku masih belum makan lagi, aku mintak hubby belikan nasi kat kedai makan kat luar sepital sebab masa ni cafe sepital tengah renovate daaa..Dapatlah makan nasi goreng ayam. Kengkonon nak bagi tenaga la masa teran nanti...kuikui..makan tak abes pun aku share dengan hubby je.. Sepital ada bagi makanan tapi setakat bubur pulut hitam. Mana kenyang kan...selera tetap selera yeee...ahaha..

Dalam nak tunggu doktor Intan masuk ubat tu aku dok la ulang alik ke toilet sebab keje asik nak terkucil je. Rasanye setiap setengah jam kot aku ulang ke toilet. Masa ni dah rasa sakit agak berat la jugak tapi boleh tahan lagi. Still boleh bergelak ketawa dengan hubby. Masa ni hubby la yang jadi peneman aku. Terima kasih sayang...

Ok, dalam pukul 6ptg baru la doktor intan naik nak masukkan ubat induce. Tapi sebelum tu dia seluk lagi sebab nak check bukaan. Sekali dah bukak 3cm. Terus tak jadi induce. Doktor intan suruh tunggu sampai bukak 10cm....ehhehe..



Masa ni dalam pukul 6.30ptg baru bukak 3cm. Still boleh senyum. Masa Hana dulu bukaan baru 1cm sakit dah macam 8cm..sangat sakit....huhuhu..


 Ni dinner last sebelum bersalin. Masa ni baru pukul 7lebih. Aku makan sikit je sebab masa ni sakit dah agak terasa menusuk. so, baring je.. tak jalan mana2 dah kecuali ulang ke toilet...


So,dalam nak tunggu bukak sampai 10cm tu aku still dok ulang alik toilet. Sampai staff nurse kat situ cakap. Larat lagi ke nak jalan. Masa tu senyum jelar..


Start dari pukul 9mlm macam tu aku dah start sakit kuat la sikit. Aku guna teknik pernafasan yang aku google. Bila sakit tarik nafas dalam-dalam. Pastu hembus pendek pendek dan laju. Alhamdulillah dapat mengurangkan kesakitan. Dalam masa sama masa sakit contraction tu aku mintak hubby urut belakang badan. Area tulang atas pungung. Tupun berkesan jugak dapat mengurangkan kesakitan.


Dalam pukul 10lebih doktor Intan datang nak check bukaan lagi. Masa ni dah 4cm. Sakit agak kuat tapi aku maintain taknak amik ape-ape ubat tahan sakit. Doktor Intan ada tanya nak ubat tahan sakit tak...aku konpiden cakap taknak.


Akhirnya dalam pukul 11 gitu sakit dah tak tertanggung macam nak tercabut pinggang rasanya. Hubby tetap jadi peneman disebelah. Jap-jap tu jugak aku minum minyak selusuh yang mentua buatkan. Jauh datang dari kedah nun. Rugi kalau tak manfaatkan sebaiknya. Baca Fatihah dan selawat banyak-banyak. Selebihnya tawakal pada Allah.


Bila sakit makin menggila aku mintak hubby panggilkan nurse sebab nak mintak ubat tahan sakit. Bila nurse tanya awak nak ubat pil atau cucuk...aku jawab la mana-mana janji tak sakit. Time ni memang sakit tahap dewa la..rasa macam perut dan pinggang dipulas-pulas...


Nurse yang bertugas malam tu cuma 2 orang je. Sorang cina dan sorang melayu. Dua-dua pun aku tengok memang otai. Sebelum nak cucuk ubat tahan sakit tu nurse melayu mintak izin nak check bukaan dulu. Sekali check dah 7cm ko..patutla sakit bangeeetttt....hehe..dalam pada aku sakit tu sempat lagi mintak nurse sapukan minyak selusuh tu dalam miss v supaya dapat lebih pelinciran gitu..haha..masa ni sakit tak tertangung yee...nurse suruh aku sedut gas je..dan nurse melayu tu siap cakap saya tolong bukakkan ye...masa dia seluk tu sakit sebab terasa jari dia dok cungkil2 dalam tu..sebab nak bagi bukaan cepat...


Waktu malam biasa sunyi kan. Tapi dalam labour room tu meriah sebab dengar suara aku menjerit NAK TERAAAANNN!!!!.....ALLAHUAKBAR!!!! aku dok jerit sekuat hati....sebut Allah...allah...allah je...dan doa nabi yunus...masa tu tak piikir malu dah...Siap aku dok pulas-pulas tangan nurse melayu tu. Sampai dia siap cakap takpe kalau nak pulas tangan saya pun. Puan sedut je gas tu yee...Lepas aku pulas tangan nurse tu aku carik tangan hubby dok pulas tangan dia pulak....hahahaaa....Lepas tu lebih kurang 12lebih aku dah sakit tahap gaban nak teran. Doktor Intan pun sampai. Masa ni memang aku tak tahu nak teran macammana. Nasib baik nurse melayu tu yang ajar. Punggung tekan kebawah. Kepala angkat dan pandang ke arah perut. Aku pun teran dalam 2 kali macam tu kepala dah keluar lepas tu teran lagi dua kali baru keluar abes..Rasa macam paip pecah je kat bawah tu..panas jeeee...memang terasa budak keluar dengan air ketumban sekali.


Tepat jam 1238hrs Hani Nadira pun keluar. Nurse melayu tu letak baby atas dada. Aku pun kiss la. Ucap Assalamualaikum adik. Lepas tu sesi jahit menjahit pun berlangsung dengan cepat sekali. Langsung tak rasa sakit sebab jahit sikit je kot. Siap je jahit aku terus dihantar ke bilik. Single room. Malam tu aku bantai tido. Nyenyak tak hingat ape. Hubby temankan aku malam tu.


Esok paginye tu aku bangun rasa pelik je sebab perut dah kempis tapi baby takde kat sebelah. Lepas tu hubby cakap baby ada problem sebab paed kat nursery tu cakap baby kena jangkitan kuman. Nafas pun laju. Lepas tu ada 1 lubang kat saluran jantung yang tak tertutup. Sepatutnya bila baby lahir je lubang tu akan tertutup sendiri bila baby nangis. Tapi memang aku perasan masa baby keluar tu aku tak dengar pun suara dia menangis. Bila nurse balik keluar dari labour room baru aku dengar suara dia menjerit.

Dipendekkan cerita aku pun stay la beberapa hari kat sepital sebab nak tunggu baby keluar. Dan dalam masa yang sama aku kena jalani operation lain. Sebab ada penyakit lain pulak lepas bersalin. So, dalam pada aku sakit luka episiotomi aku juga menanggung sakit luka operation pada bahagian tubuh badan yang lain. Sakit apa. itu rahsia. Kalau nak tau sila email...hahaa...

Lepas 4hari aku mintak keluar wad sebab badan dan rasa lain macam. Dengan tak berurut lagi. Takut badan masuk angin. Mak aku yang temankan aku sepanjang aku kat sepital. Hubby terpaksa ulang alik dari sepital ke Nilai sebab Hana mak long dia yang jaga. Nasin bak kakak ipar aku tinggal dalam taman yang sama dengan aku. So, senang la sikit. malam-malam pun Hana tido dengan hubby kat rumah. Hubby cerita Hana asik tanya je mana ibu. Biasa malam memang dia tido dengan aku. Jadi sebab dah rindu hubby bawak la Hana jenguk aku kat sepital masa hari kedua.

Ala.....iklan jap...si adik dah bangun minta nenen....

Jap lagi kalau free aku updated part III plak yeee...happy reading!!



Wassalam,
EnaMokhtar

Friday 12 April 2013

Kronologi bersalin Hani Nadira PART I

Assalamualaikum w.b.t

Nak start dari mana pun tak tau...heheh...

Takpelah aku start dari tarikh 19hb feb 2013. Tarikh aku kena serah diri untuk di induce. Masa tu dah 38weeks. Datang ke Hospital Columbia untuk jumpa dengan Doktor Intan. Sebelum nak induce tu aku kena masuk dalam labour room. Duduk dalam tu tunggu doktor Intan nak check bukaan. Kalau belum ada bukaan atau bukaan baru 1cm dia akan induce aku.

Sebelum Doktor nak check bukaan dia scan tengok kedudukan baby dan sebagainya takut ada komplikasi katanye. Owh..lupa nak bagitau. Aku di suruh induce sebab baby besar. Masa scan tu doktor Intan kata baby awak estimate 3.6kg. Kalau awak nak tunggu samapi tarikh due takut baby boleh cecah 4kg lebih. Risiko masa bersalin pun tinggi katanye. Takut baby sangkut kat bahu. Sebab dah banyak kes yang doktor Intan handle kebanyakkan patient taknak induce dan nak tunggu sampai sakit. Akibatnya bila baby besar dan sangkut kat bahu boleh akibat kecacatan pada baby. Ataupun kesan koyakkan yang banyak. Ataupun bila baby dah sangkut takut baby lemas dan terpaksa operate. Doktor Intan cakap dia seboleh-bolehnya taknak operate patient. Sebab risiko operate lagi tinggi. Allah dah ciptakan perempuan ni dengan sebaik-baik fungsi. Dah ada laluan semulajadi. So,kenapa nak amik risiko operate. Sebab operate tu adalah pilihan terakhir untuk patient yang hanya ada masalah berat je.

Ok. lepas je Doktor Intan scan. Dia bagitau aku awak kena induce la harini. Baby pun duduk cantik sebab muka menghadap kebawah. Means memang sesuai la sangat kalau nk bersalin harini. Tapi bila aku kenang-kenang balik. Tak sanggup rasanya nak kena induce. Biarlah sakit secara semulajadi. Aku jadi serba salah. Dan akhirnya aku mintak tangguh sehari dua lagi untuk induce. So, Doktor Intan kate terpulang kat awak. Kalau awak ada rasa sakit terus datang hospital jangan tunggu lagi. Itu nasihat dia sebelum aku dan hubby keluar bilik.

20Feb 2013

Masa ni start dari malam tu aku dah rasa sakit. Tapi mild je. Sakit pinggang dan perut yang ala-ala manja je. Ada aku cakap dengan hubby pasal sakit tu. Hubby terus ajak ke hospital tapi aku cakap tak sakit sangat boleh tahan lagi. Tunggu la kalau sakit lain macam baru kita pergi hospital ye. Dalam masa yang sama aku belasah minum air kelapa muda banyak-banyak. Itu pun salah satu ikhtar untuk cepatkan bukaan.

Dalam masa aku tengah melepak-lepak depan TV, tetiba ada orang bagi salam kat luar. Laaa...rupe-rupenya nurse dari KK Nilai yang datang. Aik,pelik ni bila aku buat checkup kat KK? macamana dia tau aku tengah mengandung ni? pelik la sungguh...

Nurse tu bagitau yang dia dapat info pasal aku tengah mengandung ni dari klinik Sariah. Sebab memang dorang akan sentiasa buat pemantauan kat klinik-klinik swasta area Nilai. Siapa yang tak buat buku kat KK, nurse dari KK akan pergi ke setiap klinik swasta untuk ambil semua maklumat ibu-ibu mengandung sebagai langkah berjaga-jaga. Sebab pernah dah ada kes bayi meninggal dalam perut sebab si ibu ada darah tinggi. Si ibu ni buat checkup kat klinik Sariah. Jadi bila dah ada kes kematian macam tu KK la yang akan dipersalahkan.

Ok,

Berbalik kisah nurse yang datang rumah tadi tu. Dia check la semua pasal aku. Ukur perut, amik tekanan darah dan air kencing semua lah. Pastu tanya aku ada sakit tak? Aku cakap la ada...tapi tak sakit sangat. Terus nurse tu suruh aku gi sepital. Sebab anak kedua cepat je bersalin. Siap dia cerita yang dia baru ni ada sambut orang bersalin kat highway seremban. Bersalin dalam lori. Ikut si suami  kerja bawak lori. Uiks, seriau aku dengar. Lepas je nurse tu balik terus aku siap-siap tukar baju berdesup pergi hospital. Hana aku hantar kat nursery dulu.

Alamak....si adik dah berbunyi....nanti aku sambung balik..

Jangan lupa tunggu entry kronologi part II pulak yeee....:)



Wassalam,
EnaMokhtar

Kemunculan semula

Assalamualaikum w.b.t

Masya'Allah...lamanya tak update blog..

Mohon maaf kepada semua reader yang selalu berkunjung di blog saya (anda tau siapa anda). Terlalu lama biarkan blog. Iye, saya sudah bersalin. Alhamdulillah baby girl berat 3.57kg pada 20feb 2013 pukul 12mlm (lebih kurang).


Kronologi bersalin sangat panjang. Alhamdulillah saya dan baby sudah sihat. Banyak sebenarnya saya nak share cerita dengan kengkawan semua tapi tulah kan masa tu macam tak pernah nak cukup Allah bagi pinjam 24jam sehari. Tambah-tambah bila dah ada anak kecik ni bertambahlah busynya. Mana nak uruskan kakak. Mana nak susukan si adik pulak.


Tapi Alhamdulillah Allah beri saya kekuatan untuk laksanakan semua urusan rumah tangga walaupun masih dalam pantang dan luka episiotomi belum sembuh sepenuhnya. Kalau suami kerja sayalah yang mandikan baby (di sinki hehe). Saya juga gagahkan diri untuk memasak lauk pauk untuk diri sendiri dan anak. Kalau saya tak larat baru boleh pas baton kat suami tercinta (hehe). Tapi kebanyakkan kerja rumah suami yang buat termasuk masak lauk pantang saya. Sedap. Suami memang terbuki berbakat dalam masak-masak ni. Walaupun lauk ikan goreng. Iye,saya makan ikan goreng hari-hari. Tapi goreng dengan sedikit minyak zaitun. Baru lah sedap. Siapa kata tak boleh makan minyak2?. Kalau kena dengan caranya. Boleh sajeeee..yang penting jangan berlebihan sudah...dan hari-hari makan sup sayur. Menu wajib tu. Ada juga saya makan daging. Sedap betul bila suami masak daging. Dan alhamdulillah sepanjang saya pantang tak pula kena sembelit. sebab saya makan Phytonatal dari nona roguy. Sangat lawas!! Alhamdulillah...


Suami sangat-sangat membantu sepanjang saya dalam tempoh berpantang. Memasak,membasuh,mandikan si kakak dan adik. sidai baju, (lipat baju saya), kemas rumah, ehhh...semua kerjalah dia buat. Terima kasih tak terhingga buat suami. Semoga Allah merahmati mu sayang...


Kisah kronologi saya bersalin akan saya update bila free nanti yee. Panjang dan berjela-jela. Sila jangan jemu untuk membaca. Seronok bila kenang balik saat itu. Sakit tak lama tapi kesakitannya lebih dari bersalin anak pertama sebab anak kedua saya tidak ambil sebarang ubat tahan sakit kecuali sedut gas jee...masa Hana dulu sakit hampir 24jam. Sebab dah tak tahan jadi saya ambil epidural. Memang best. Lepas epidural langsung tak sakit. Rileks je. Tapi nah, masa nak teran tak tau dan tak rasa apa-apa pun. Padahnya saya kena luka bersalin luar dan dalam. Kalau nak tau apa luka bersalin luar dan dalam sila google yee..Dan akibat dari kecuaian doktor muda yang menjahit luka saya still sakit sehinggalah saya masuk kerja. Jalan pun terkepit-kepit.huhu.....

Seronok bila kenang yang saya dah selamat melahirkan seorang lagi khalifah Allah. Bertambah lagi umat Nabi Muhammad. Dan menangislah para syaitan bila lahir seorang lagi anak adam. Tapi tak seronok bila nak kenang segala kesakitan yang terpaksa ditanggung selepas itu. Dengan baby yang kena tahan kat NICU selama 10 hari sebab beberapa masalah kesihatan. Dengan saya yang kena dok kat wad 4 hari sebab sakit lain (bukan sakit bersalin). Bila dikenang-kenang balik memang tak sangka saya boleh melalui semua kesakitan itu. Kesakitan selepas bersalin itu saya andaikan dalam skala 8/10. Sungguh menyeksakan.....


Subhana'Allah...betapa maha pengasih dan penyayang Allah turunkan sesuatu ujian itu kepada hambanya sebagai penghapus dosa. Iye, saya anggap apa yang berlaku pada saya itu sebagai kifarah. Dan saya terima dengan redha. Seredha-redhanya. Semoga saya menjadi hamba yang lebih baik dari semalam....


Oklah, tunggu entry saya seterusnya ya. Sebelum tu nah ambil ni gambar Puteri kedua kami. Hani Nadira...


 Masa ni baru keluar hospital setelah ditahan selama 10hari sebab ada masalah jangkitan kuman dan kuning. Jenuhlah kena jemur bawah lampu biru sampai terbakar kulit anak ibu...sian dia..



 Dah genap sebulan. Alhamdulillah semakin sihat dan kuat 


 Masa ni kuning tak hilang lagi walaupun dah hari ke 15. Alhamdulillah turun masa hari ke 18 (lebih kurang) Penyakit kuning ni macam dah wajib jadi je kat baby baru lahir kan? para ibu yang sedang mengandung tu jaga-jaga lah yeee....

Insya'Allah bila ada kesempatan nanti saya up entry pasal bersalin ye.

Jaga diri semua...hargailah kesihatan yang Allah Ta'ala bagi..


Wassalam,
EnaMokhtar