TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Thursday, 15 December 2011

Abah

Assalamualaikum w.b.t

Tiba-tiba nak bercerita pasal entri ni. Bukan sebab birthday Abah ataupun Hari Bapa, tapi tak tau la kenapa hati ni sayu setiap kali teringat kat Abah. Bila tengok pakcik guard yang jaga postguard kat Office saya ni, teringat kat Abah. Bila pergi ke Bank nampak ada pakcik guard kat situ, teringat juga kat Abah. Mungkin umur pakcik-pakcik Guard tu lebih kurang sama dengan umur Abah saya.

Sejak dah mendirikan rumah tangga ni, saya jarang pulang ke kampung. Tetapi setiap dua hari akan telefon. Tuntutan urusan seharian mengatasi saya untuk berbuat begitu. Begitu juga dengan komitmen untuk suami dan anak. Lagi-lagi dapat suami yang kerja shift. Weekend kalau jatuh shift kerja pagi atau petang tak dapat lah saya nak berjalan tengok dunia luar. Setakat radius 15km je saya boleh jelajah. Lebih dari tu, saya tak sampai hati nak ajak suami. Sebab kerja shift ni penat dia dua kali ganda kerja orang office hours. Bukan saya tak boleh drive sendiri, tapi suami belum bagi sepenuh kepercayaan untuk saya berbuat begitu.

Berbalik pada Abah saya ni. Umur dah cecah 62tahun. Tapi masih lagi kuat bekerja, tak suka duduk rumah goyang kaki katanya. Sekarang ni pun masih lagi bekerja siang malam. Kesian tengok Abah saya. Tapi tulah orang tua memang begitu. Tak suka duduk depan televisyen layan cerita korea macam anak dia sorang ni ha. Lebih suka kalau buat kerja-kerja luar rumah. Dapat keluarkan peluh.

Siapa yang tak sayang dengan lelaki yang bergelar Ayah, Abah, Bapak ni kan. Tiada. Tapi saya masih kabur apa yang saya harus buat untuk tunjukkan kasih sayang terhadap Abah saya. Sejak kecil saya memang tak pandai nak tunjukkan kasih sayang terhadap Abah macam peluk ke, cium pipi ke. Tidak Pernah. Kecuali salam dan cium tangan. Iye,saya tidak pandai. Pelik kan?

Tapi saya tak pernah lupa untuk ucap selamat pada Abah setiap kali Hari Jadi atau Hari Bapa. Tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraannya dunia akhirat. Tidak pernah berkata tidak kalau dia perlukan bantuan mengikut kemampuan saya. Tidak pernah berkata tidak kalau dia minta sesuatu. Saya cuba untuk bahagiakan dia. Cuba untuk menjadi anak yang mendengar kata. Dan tidak sampai hati untuk berkata tak boleh kepadanya melainkan kalau saya betul-betul tak boleh. Cukup kah begitu? Bahagiakah Abah saya sekarang ni? adakah ayah saya bangga dapat anak macam saya ni? *nangis.

Semoga saya terus berbakti kepada Abah sehingga akhir hayat saya. Saya sayang Abah saya. Hargailah Ayah kamu sekalian selagi hayatnya masih ada. Iye, dah nama pun lelaki kadang-kadang kita terlepas pandang dengan keperluan dia, perasaan dia sebab kita lebih utamakan ibu kan. Sebab ibu lebih pandai tunjukkan emosi. Itu situasi saya sekarang. Kadang-kadang saya terfikir, ada tak Abah terasa hati dengan sikap saya? sebab bila pandang riak mukanya yang selamba, macam tak kisah apa-apa. Janji anak-anak telefon atau jenguk dia. Erm takpe, lepas ni saya cuba untuk tunjukkan kasih sayang saya pada Abah. Insya'allah.

Jom kita layan lirik lagu ni. Khas untuk Ayah dan Ibu kita.



Abah, Terima kasih diatas segala pengorbananmu. Terima kasih kerana menjadi wali untuk pernikahanku. Terima kasih diatas segala-galanya. Maafkanlah anakmu yang sentiasa khilaf ini. Akanku cuba untuk menjadi anak yang solehah buatmu. Abah, i love u so much

Ya, Allah ampuni dosa kedua ibu bapaku. Selamatkan mereka dari panas api nerakaMU. Jadikan mereka hambaMu yang soleh dan solehah. Amin.

maaf entri kali ini agak suram sebab saya tengah layan perasaan. Jangan lupa telefon Abah korang ye!!


Wassalam,
EnaMokhtar

No comments:

Post a Comment