Assalamualaikum w.b.t
Dah lama sebenarnye kesini. Bila pun aku dah tak ingat. Rasenya awal tahun haritu kot. Haha. Gila lama. Tapi aku macam berminat nak buat entry pasal Tanjung Dawai ni sebab tempat dia best. Tempat penjualan setempat ikan-ikan masin dan semua hasil laut kering. Ape yang korang nak pasal hasil laut semua ada kat sini. Ikan masin, sotong kering, keropok-keropok, Udang fresh pun ada jual taw. Beso-beso. Murah pulak tu. Memang memborong habis la aku...kehkeh..bawak balik jual kat opish. Berebut wei budak-budak opish beli. Sekelip mata dah abes. Macam magic plak. Paling banyak aku beli borong sotong kering yang kecik-kecik tu. Kalau masak sambal memang terangkat. Takde untung mana pun lebey kepada suka-suka je.
Yang pakai kopiah tu Bapa Mentua aku..Dua-dua pun ikut sekali. Memborong pun tak ingat dunia juga..haha
Wassalam, EnaMokhtar

Arked 2 tingkat. Juling biji mata tengok hasil laut yang bermacam-macam. Jakun jap..haha.
Keropok-keropok kering yang bermacam jenis.
Encik Hubby yang tetiba bertukar rupa memborong ikut suka hati dia. Kalau boleh semua dia nak beli...kehkeh
Hana dengan Mak Tok. Mak Mentua aku ni taw..sayang dia..
Kat bawah arked adalah laut yeee...Siap ada jeti dan kedai makan. Sempoi je. Sambil makan sambil angin laut bertiup..syokkk..!!
Yang pakai kopiah tu Bapa Mentua aku..Dua-dua pun ikut sekali. Memborong pun tak ingat dunia juga..haha
Sebelum balik pekena mee udang dulu. Korang tengok udang die besarrr betul. Banyak pulak tu. 1mangkuk ni RM15. Ada dalam 6 ke 7 ekor 1 mangkuk. Tapi berbaloi sangat. Puas hati. Lagi sedap dari Mee udang mak jah yang kat kuala sepetang tu haa..Kalau ikut tekak aku la kan..hehehe. Makan sampai tapaw bawak balik udang tu. Adalah dekat 10ekor sebab mak ayah pun order mee udang juga. Bawak balik, basuh bersih-bersih. Malam tu aku buat butter prawn makan dengan nasi goreng. Ratah macam tu jek. Udang laut kan maniss... emmm.. dapp..
Hasil borongan. Ini baru sikit. Dalam bonet tak keluarkan lagi nih..huhu..
Haaaa...untuk Hana Humaira pun tetap ada. Kipas tu Tok Wan dia yang belikan. Janji kena beli something untuk dia. Buat leka-leka dalam kereta otw balik Mergong.
Perjalanan masa nak pergi tu aku rasa macam alahai jauhnyeeee...asal tak samapi-sampai lagi ni. Sekali masa perjalanan balik Mergong tu aku rasa macam...aik..kejap je dah nak sampai rumah mak mentua. Adalah dalam setengah jamm kot. Takdela jauh mana. Tu yang aku cakap dengan Hubby. Lepas ni kita boleh pergi lagi la kannnn..senyum je diaa..
Aku suggestkan sesapa yang nak kesini sila pergi awal pagi. Sebab kalau pergi dalam pukul 10 macam tu pun panas boleh tahan laaa..Alang-alang korang nak pergi, pergi waktu petang la sejuk sikit..sambil-sambil tu boleh lepak kat pantai area situ syok jugak..bentang tikar pastu main layang-layang ke kannn...takpe next time kita gi lagi ye Yanggg...
Wassalam, EnaMokhtar
No comments:
Post a Comment