Assalamualaikum w.b.t
Beli tiket dah lama. Beli masa Air Asia buat promosi rm35. Ok la 3 orang tak termasuk luggage total rm105. Murah dan masih mampu lagi la. Kalau tak pergi pun tak ralat sangat. Aku beli bulan Feb 2011. Dekat setahun juga tunggu nak terbang ke Sarawak. Sebab ape pilih Sarawak? sebab dah destinasi itu je yang ada promosi. Jadi kita pergi Sarawak dulu. Kot-kot pasni Air Asia buat promosi lagi, kita pilih pula Sabah.
Flight departure pukul 7.15pagi. Jadi keluar rumah pukul 5.45pagi. Sampai LCCT lebih kurang pukul 6.30 juga. Sebab sebelum tu singgah ofis dulu. Parking kereta kat ofis dan solat subuh siap-siap. Lepas tu minta tolong budak ofis hantarkan kami 3 beranak ke LCCT yang hanya sepelaung je dari ofis kami tu haaa.
Sampai je airport terus pergi ke Boarding Gate. Siap segala urusan street tuju ke toilet sebab boleh pulak budak kecik tu membuang. Tapi memang time time gitu dia membuang pun. Siap je tukar pampers Hana, berdesup beratur kat Pintu 7 untuk check boarding pass kali terakhir oleh staff Air Asia.
Lepas tu kami 3 beranak pun berjalan lengang kangkung. Sikit punya jauh nak naik kapal. Betul-betul hujung punya pintu dia bagi daaa. Nasib baik bawa 2 beg je. Memang aku packing baju pun ngam-ngam sorang 3 helai. seluar dan kain sorang 3 juga. Cuma Hana je aku packing baju dia lebih sikit. Sebab confirm asyik bertukar baju je nanti. Hana tu cepat berpeluh. Kalau tak tukar baju nanti takut naik ruam pula. Tu yang aku packing baju dia lebih. Baju Ibu Ayah kalau tak cukup beli je kat Sarawak nanti. haha.
Ok dah selamat masuk perut kapal. Jadi kita bergambar gambaran dulu.
Wassalam, EnaMokhtar

Muka Hana macam takut-takut je
Masam nya muka budak ni !!
Baru nak senyum ye..
Gambar candid. Suka sangat gambar ni. Comel je Hana lentok kepala dia tu haa..
Happy mood
Perjalanan nak sampai ke Sarawak ljam 45minit. Lama juga kan. Hana behave untuk sejam pertama je. 45minit lepas tu merasa la orang belakang dengar anak bertuah tu menjerit,nangis,merenggek. Mungkin lama sangat duduk tu yang dia boring. Kalau kat rumah syok. Boleh main kejar-kejar dengan Ibu. Nasib la boleh control lagi. Dah nama pun budak kecil kan. Memang gitu la tantrum dia. Sumbat susu segar Ibu baru la diam. Sampai la landing.
Sampai Airport tunggu pula kereta sewa. Aku sewa viva auto rm100 sehari. Percuma penghantaran ke Airport. Ok la tu. Sebab kebanyakkan yang aku survey, memang ada wira rm90 je. Lepas tu kalau ambil dari Airport kena pula charge rm10. Wira yang aku survey tu nampak buruk sikit la. Bukan memilih sangat tapi aku dan Saiful tak berkira sangat bab keselesaan. Janji kereta elok dan baru. Bukan apa, takut buat hal tengah jalan susah pula.
Ni no.tel kereta sewa tu namanya Azli 016-8577070. Kalau nak tengok kat FB pun ada juga. Search je kereta sewa kuching. Insya'Allah jumpa la dengan En.Azli ni. Orang nya pun baik dan sweet.*eh tiba-tiba.
Dapat je kereta terus Saiful mintak bantuan En.Gps. Tersangat la membantu itu gadjet. Cari hotel 360 xpress. Berpusing juga nak cari kat bandar Kuching tu. Rupanya entrance hotel tu macam tersorok ke belakang. Puas cari. Siap call Recep tanya lokasi kat mana. Berkat kesabaran dan keyakinan diri yang jitu, akhirnya jumpa juga haha.
Hotel ni terletak berdekatan dengan Waterfront. Bilik sangat selesa. fasilitis pun banyak. Di tingkat bawah ada kedai pelbagai (macam 7e la), dekat dengan tempat makan seafood paling famos amos Top Spot. Dekat dengan Bank. Cuma tempat dia macam tersorok sikit la. Dalam bilik ada 32" LCD tv with satelite,Kettle, Shower hot&cold, Interior design sangat la cantik. Bilik air pun kalah bilik air rumah aku. Macam tahap Hotel 5 bintang pun ada. Cuma aku tak puas hati pasal bilik dia. Kecil sangat la. Ruang solat pun ngam-ngam je nak bentang sejadah. Ate, Rate rm99 per night. Ok la tu. Nak bilik besar,bayar pun kena besar la tak gitu kan?haha.
Dah check in. Lepak-lepak jap. Baring-baring. Pukul 1.00 kitorang keluar cari makan tengahari pulak. Nak tau kat mana? Itu next entri ok. Aku nak cukupkan sampai 10 enrti pasal Sarawak je. haha. Jangan muntah sudah la ye.
kihkih.
No comments:
Post a Comment