TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Wednesday, 7 August 2013

Aku masih disini..

Assalamualaikum w.b.t

Huh..lama sungguh tak update belog. Alhamdulillah aku masih disini. Menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja. Masih tak bercuti sedang kawan-kawan lain dah sibuk balik kampung semua kannn. Aku start cuti lepas raya nanti. 12-16 ogos. Means raya tahun ni aku raya kat rumah mak aku dulu laaa...waaa seronok sangat !! balik kedah kampung hubby raya ke 5 nanti. Hehehehee..ikut sistem giliran katanye barulah adil dan saksama...


Persiapan raya dah setel alhamdulillah. Baju anak-anak semua dah setel. Baju jangan cakaplah. Aku rasa baju aku sepasang,baju anak adalah dekat 10pasang kot. Waaa...over!! Ala, beli baju tu merangkap baju basahan la sekali. Baju jalan pun sekali la tuuu...wakakkaaa..jimat cermat membawa berkat..gituuu.


Macam raya-raya tahun lepas aku cuma banyak memborong kerepek dengan kacang-kacang je. Kuih buat sendiri plus adalah 2 3 balang beli jugak..haha. Tu pun beli sebab murah. Tiga balang rm57. Murah la tu kan. Kebetulan last week aku shopping baju raya kat kompleks PKNS Shah Alam, terjumpa kuih jenis yang sama sebalang dorang jual rm25. Fuh !! untung aku dapat beli murah. Tapi rasa tak tau lagi la. Dengar testimoni dari akak opis aku yang selalu beli kat kilang kepek tu kata kuih raya dorang sedap sebab memang pakai butter..gasak la situ. Kalau sedap next year boleh la borong lagi kan. Kalau tak sedap sory la nak beli lagi...kuikuikui


Emmm apa lagi yeee... haaa!!


Tahun ni raya tema colour hijau. Kengkonon nak tema colour kuning sekali terbeli color hijo pulak. Sudahnya baju raya aku colour hijau striking, hubby colour hijau ala-ala nak kuning sikit, hana hijau lembut, baju Hani hijau pekat. Ahhh...gasak la situ. Janji ada sudah. Sebenarnya masa shopping baju raya kat PKNS tu ingat nak la sebat sehelai dua dress. Sekali aku survey rege semuanya selai rm250 keatas. Beliak-beliak je biji mata ni nengok tau. Cecantik la sangat dress nye tapi regenye pun canteeekk la sangat. wakakakkaa...so,tak jadi beli dress, aku sebat je baju kurung cotton 2 lai. Buat pakai kerja je. Yang ni murah 2 helai rm130. Ok la, murah bagi aku sebab sepasang rm67. Kain pun sedap pakai. Tak panas. Design pun simple je..Polka dot kecik-kecik gituu..sweet je..


Nak dijadikan cerita pergi PKNS Shah Alam cuma beli baju kurung aku 2 pasang. Pastu baju kurung Hana sepasang. Tupun jenuh la aku carik baju kurung budak yang bawah rm50. Tak jumpa tau tak. Baju kurung budak paling murah aku survey ritu pun dalam Rm69 untuk saiz 4 tahun. Gila mahal!! asal baju budak mahal ngalahkan baju aku je nih...huhuhu..tak puas hati punya pasal aku pun round la kedai dalam PKNS tu yang belah ujung-ujung punye. Sekali terjumpa satu kedai ni jual baju kurung budak rm20 je kauuu...Kedai dia macam tersorok la sikit.Hubby sebok soh amik 2 pasang tok Hana. Tapi aku degil, tak mau kengkonon nanti nak carikan peplum la untuk dia. Sekali balik rumah teringat-ingat pulak. Nyesal sangat tak beli. Kain jenis cotton. Tak panas. Memang sedap la kalau bebudak pakai sebab serap peluh kan.

Aku ada jugak survey kat tempat lain.Kengkonon nak cari peplum untuk Hana. Tapi peplum ni kebanyakkan kain jenis ciffon atau jersey atau lycra. Kang kalau aku beli memang Hana taknak pakai sebab kain jenis macam tu kan tak serap peluh dan agak panas juga. Cantik memang la cantik. Tapi bila pikir 2 3 kali terus cancel beli. So,Hana cuma ada sepasang je baju kurung. Yang lain-lain tu pakai long skirt, jeans dengan blouse je...kuikuiiii...Hani aku belikan gaun je. Nak pakaikan baju kurung macam kesian pulak. Panas. Dah la si Hani tu jenis cepat naik ruam kalau berpeluh. Jadi kita pilih mana yang selesa sudahhhhh...ekekeke


So, Baju melayu hubby pun tak beli jugak sebab mahal sensangat. Paling murah Rm160. Colour cantik tapi bila rasa kain dia tebal sangat. Jadik pulang la dengan hampa sebab benda yang nak dicari tidak dijumpain heeeeee..Esoknya tu hubby ajak cari baju melayu dia kat Gene Martino Tesco Nilai. Huh...masuk-masuk je terus aku terbekenan dengan kain-kain die. Sedap, sejuk,selesa la kalau pakai. Hubby pun eksited la sebab kain yang jenis dia nak tu ada kennn..lelaki ni kalau bab beli baju memang la cerewat yang amat kan??...pastu cari la pulak baju kurung aku yang matching dengan baju lelaki. Cantik. Design dia macam kurung punjabi. Kain pun sedap, tak tebal tak nipis sedang elok la. Try saiz s macam ketat sikit. Sebab baju tu macam ada cutting sikit. So,mintak kat adik tu saiz M. Punyala dalam hati dah berbunga-bunga sebab nak matching dengan hubby punya pasal...wakakakaa...sekali adik tu cakap dah abes daaaa...wuaaa kiciwa nya. Tak puas hati lagi soh dia call branch Seremban ada tak stok untuk saiz M. Dekat sejam lebey la jugak bertapa dalam tu. Sekali Tesco seremban call pun cakap stok dah kena booking..Waaaa..kiciwa lagi sekali. Hubby pun macam kesian je tengok aku takde baju raya lagi dia pun nak tukar la baju melayu dia design lain sebab nak kasik matching somi istri. Aku decide tak payah tukar sebab baju melayu dia dah cantik. Hijo lembut. Aku tak kisah la sebab aku ada baju kurung lace sepasang colour hijo baru pakai sekali. So, pakai jelar...tak nak membazir sangat. Redha kat situ....hehehe..sian pulak kat hubby sesusah nak cari baju aku pulak kan. Takpe duit baju yang tak jadi tu bagi cash jelar kat aku. Boleh la aku buat beli benda lain...ekekekkeee...


Jadi nantikan jelar variati colour hijo family kecil aku nanti yee...kompom canteeeekk punye...wakakaka..

Anyway,

Harini bersamaan 27 Ramadhan aku kerja sekerat hari je..sampai pukul 12 jee. Pastu balik rumah siap-siap, kemas-kemas apa yang patut baru aku bertolak balik klang.. Klang je dekat je pon..hahaha..tupun hubby malam tadi sebok dok ajak aku gi Nilai 1 and Nilai 3 nak shopping lagi. Aku tak tau la dia nak sopping ape lagi. Rasa macam dah cukup semuanya. Pelik pulak tengok Hubby tahun ni macam dia excited lebih dari aku. Takpela layankan aje....huhuhu...

Ok, lah..

InsyaAllah sempena esok pun nak raya..aku nak ucapkan:





 SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN YEEE !! 

RAYA JEMPUTLAH DATANG RUMAH !!


Take care semua !!
 

Wassalam, EnaMokhtar

Monday, 29 July 2013

KEINSAFAN DIRI

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk berpuasa. Dapat menghirup udara. Dapat bernafas. Dapat nikmat merasa makanan. Dapat menatap wajah anak-anak dan suami. Dapat melaksanakan ibadah sebagaimana yang dituntut. Dan segala kenikmatan yang Allah telah beri kepadaku sepanjang umurku 29tahun ni...Alhamdulillah...Allahuakbar!!

Semoga Allah beri aku kekuatan untuk teruskan hidup berpanduan syariat. Semoga aku terus dapat meningkatkan kualiti ibadah aku supaya dapat menjadikan aku insan yang tak riak, tak sombong, tak kedekut, tak zalim, tak menunjuk-nunjuk, tidak berlebih-lebih kerana sesungguhnya semua nikmat yang Allah bagi tu hanyalah sekadar pinjaman semata-mata. Allah....

Pagi tadi dengar SINAR FM. Stesen radio kegemaran aku. Memang setiap kali nak ke office aku akan dengar Sinar FM ataupun IKIM FM. Kebetulan pagi ni Ustaz Dato' hassan Mahmod Al-Hafiz berceramah mengenai ibadah di malam sepuluh Ramadhan yang terakhir. Allahurobbi.....terasa sangat diri ini kerdil,hina,daif,lemah,dan yang sewaktu dengannya sebab bila aku audit diri sepanjang 20 Ramadhan yang lepas aku macam terfikir...banyak mana amalan yang aku dah  buat? kalau setakat tadarus Qur'an,solat terawih,solat sunat tu semua tak cukup..lebih dari itu sebenarnya ibadah yang kita buat adalah dari segi kualiti bukannya kuantiti.!! iye..kita semua dah besar dan tahu tentang itu. Tapi benar ke kita utamakan kualiti?? maksudnya kat sini kalau ibadah yang kita buat tu berkualiti maka akan terzahir lah pada fizikal dan batin kita. Tapi aku rasa aku macam tak terzahir lagi kualiti dari ibadah yang aku buat tu. Iyee....aku masih lagi belum menjaga aurat dengan sepatutnya. Masih lagi suka bergosip. Masih lagi suka tarik muka dengan hubby bila merajuk. Masih lagi suka melawan cakap suami walaupun dalam gurauan. Masih lagi suka merungut. Banyak lagi...banyak sangat dosa aku!!

Semoga Allah ampunkan segala dosa aku.....

Semakin bertambahnya usia semakin dekat kita dengan ajal kan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Diberikan ruang untuk hambanya bertaubat sehingga dihujung talkum. Diberikan keistimewaan sepanjang bulan Ramadhan ni untuk hamba-hambanya perbaiki diri. Dilipat gandakan pahala bagi setiap amalan. Insya'Allah di hujung 10 malam terakhir ini akan aku manfaatkan sebaiknya. Semoga aku menjadi hamba yang lebih baik. Anak yang lebih baik. Ibu yang lebih penyayang dan sabar. Isteri yang lebih redha. Semoga Allah beri aku kekuatan, kesabaran dan nikmat dalam beribadah supaya dapat menjadikan aku insan yang tawaduk dan sentiasa bersyukur. Ameennn...

Rasa insaf kejap bila aku dengar ceramah Ustaz tu pagi tadi. Terima kasih Allah sebab bagi aku asbab dengar ceramah tu. Rasa macam terbangun dari tidur je aku. Sebab selama 20 Ramadhan lepas aku macam blur jeee..macam takde matlamat ape yang aku nak capai dalam Ramadhan kalini mungkin sebab rutin harian aku dan berubah. Sibuk dengan anak dan suami. Sibuk konon nak buat persiapan raya. Nak pilih baju raya sendiri. Baju raya anak...buat kuih raya la bagai...konon la semua tuuu..Iye..tu semua alasan semata-mata untuk menutup kelalaian diri sendiri.

Aku menyeru semua sahabat-sahabat yang baca blog aku ni. Marilah kita sama-sama menginsafi diri. Jangan tipu diri sendiri. Jangan rasa diri tu dah cukup amal kebaikkan. Sebab bila kita rasa yang kita ni dah cukup buat amalan tu sebenarnya tipu daya je. Sebab ironinya adalah bila semakin kita buat semakin kita rasa tak cukup. Jadi 10 malam terakhir inilah yang kita kena kejar. Bukan kejar jualan murah sempena nak raya ni. Bukan kejar kuih raya 4 seratus. Bukan. Bukan. Bukan. Tapi realiti dan mentaliti kita memang itu kan? Jomlah kita mulakan dari sekarang masih belum terlambat lagi...


 Jom kejar  Lailatul Qadar!!


Hujan dalam hati...:)


Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..Terima kasih Allah atas izinMU..


Wassalam, EnaMokhtar

Monday, 15 July 2013

Fesyen baju raya 2013

Assalamualaikum w.b.t

Tahun ni aku kalau boleh tak nak pakai baju kurung. Sebabnya nak lain la sikit ekekekeee. Macam tahun-tahun lepas memang aku belasah baju kurung jelar. Paling koman pun aku pakai baju kurung moden. Tapi tahun ni macam nak kelainan la sikit. Antara yang ada terlintas dalam kepala macam nak try jubah dress. Tak pun abaya. Aaaaa ataupun peplum..eekkekekeee..

Paling dekat dengan hati aku berkenan dengan dress jubah. Sopan dan cantik. Tapi syarat utama kena ada butang la kat depan. Senang aku nak menyusukan Hani nanti.

Ni antara fesyen-fesyen baju raya yang aku berkenan. Terima kasih en.Google.


 Cantik kan? sopan je dari OHB.


 Ala-ala princess cut gitu. Hijau zamrud. 


 Haaaa...setakat ni aku paling berkenan dengan fesyen cenggini. Simple dan sopan. Kalau manik banyak-banyak ni aku kurang suka sebab nak basuh kena asing. Kalau simple gini campak je dalam mesin basuh pastu layan katun dengan Hana jap...time nak sidai takdelah nanti buat muka sedey sebab manik dan labuci dah tercabut...haha..Style gini aku dah tunjuk kat hubby. Diluluskan katanyeeee...ekekeke..tema kena kuning atau biru la kot...haha


 Oh peplum...kenapa awak gojes sangat. Tapi susah kan nak pakai peplum ni. Aku dah ada satu kat rumah. Tapi pakai sekali je. huhuu...


 Hoh...hok ni lagi ngancam laa...Hatta Dolmat. RM295..kuikuikui..yang ni boleh dapat kat First Lady seluruh Malaysia..simple je kan...


 Merah mengancam gituuuu...Hatta Dolmat Rm295 jugekkk...huhu


 Waaa...cantek banget..ni kalau dapat sedondon dengan anak-anak best ni. Tapi nak tempah dah lambat!!


Apesal awak cantek sangat? abaya awak pun gojes gile...like!!


Pilihan diatas ni adalah mengikut apa yang sedap mata aku memandang. Mata orang lain aku tak tahu yee. Range rege macam biasa bawah rm200 jelar. Tu termasuk tudung sekali hahahahaa...tudung 2 3 helai...wakakaka..beli kat member tauke tudung dapatlah murah...ekekekee..

Tapi kebiasaannye mungkin akan lebih dari itu...agagagaaa...biasalah pompan kan pantang nampak cantik semua dia nak rembat. Yang penting tak pakai duit hubby nanti dia bising. Kalau pakai duit sendiri takpe ekekekeke...

Aku biasalah kalau beli baju raya tu memang merangkap baju kerja, baju jalan dan baju kenduri kawin. hahahaha..sekali beli je pun jimat katenyeee...

Pape pun paling penting baju raya anak-anak kene carik dulu sebab takut nanti saiz takde kalau beli baju last minute. Beli dah siap je senang.heheh...


**pic kredit to google


Wassalam, EnaMokhtar