TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Friday, 21 June 2013

Jerebu

Assalamualaikum w.b.t


Good Morning semuaaa....

Waaa...semangatnya aku pagi ni...almaklumla hubby baru je balik semlm dari pegi mencandat sotong kat Ganu. Tiga hari mencandat. Jadi kena tinggallah aku 3beranak kat rumah dan secara otomatiknya aku kena la impot mak aku datang rumah. Buat kawan tido malam katenyeee. Kalau ada orang teman tu takdela boring sangat kan ada la jugak teman buat menyembang...ekekekeee...So, bila cik abang dah balik tu macam semangat membuak-buak la pulak. My Hero dah 3 hari tak nampak bayang...semalam dapatlah melepas ghinduuuu...wakakakakaaa....


Ok...ok,

Sebenarnya nak cerita pasal jerebu sekarang ni. Teruk kan. Semalam masa aku nak amik Hani kat nursery tetiba je ada macam salji color kelabu berterbangan. Pastu bau asap terbako. Tak tau la area mana yang terbako kat Nilai nun. Pagi tadi pun masa aku keluar rumah kuat betul bau asap. Tapi tak nampak la pulak asap tebalnya. Dah sampai kat opish ni pun still bau lagi asap tu. Bukan aku sorang je yang bau tau budak-budak opis aku ni pun tegur jugak bau asap ni..lemas la pulak bila duduk dalam aircond pastu ada bau asap. Aihh......


Aku pun dah lama tak bawak Hana jenjalan kat luar. Biarla dia duduk rumah diam-diam. Tutup pintu rapat-rapat. Sekarang ni kan tengah jerebu tu yang takut nak bawak dia keluar main. Budak tu pun baru je baik dari batuk n selsema. jadi awak main dengan adik jelar kat rumah ye Hana...


Ni gambo kat opish pagi ni. Agak tebal jugak la jerebunya. Tapi dalam gambar macam tak nampak sangat. Kesian dengan budak-budak yang buat kerja kat site nun. Kena tempuh jerebu ni. Naseb baik dapat bos yang baik. Siap call aku suruh tanya HR ada tak supply mask. Baik bos aku......



 Sepatutnya kalau hari biasa akan nampak clear la bangunan2 kat hujung parking nun. Tapi ni nampak samar-samar jee..


 Yang ni kalau tengok real memang la berkabus. Tapi dalam gambar nampak clear pulak...peliks nehh..Tapi perasan tak...kat hujung nun nampak macam berkabus sikit kan..Tu sebenarnya jerebu tuhh...



Naseb baikla manager aku cuti arini. Balik Kuching rindu family katenyeee...hehee. So,boleh la lepak-lepak sambil main tenet sampai muntah...agagaagagaa..


Wassalam, EnaMokhtar

Thursday, 20 June 2013

Hani Nadira is 4month!!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah....alhamdulillah....alhamdulillah....

Hani Nadira dah 4 bulan harini genap 20hb. Perkembangan sekarang ni dia tengah galak nak berpusing. Asal nak pusing je mesti nak mengamuk sebab misi gagal. Hahaha...alahai anak ibu sian dia. Takpe ye sayang cuba lagi sampai dapat ok...




 Baru lepas mandi. Masa mandi dengan ibu elok je dia diam. Tapi kalau time ayah mandikan bukan main lagi die melonjak-lonjak kaki...hehe...



 Muka kerek eaaaa...




 Fikir ape la tu ye adik....


Dah banyak kali kalau time aku bawak Hani keluar mesti orang tegur "lelaki ke?" haha. Naseb la adik muka macam laki. Tapi kalau dengar suara time nangis. Alahai lembut kemain. Tak macam kakak langsung. Kalau dengar suara dia menangis boleh dengar sampai sepelaung la gitu.


Setakat ni antara perkembangan yang paling touching bila dengar Hani ketawa mengekek-ngekek bila kena agah dengan kakaknya. Memang best!! dalam masa sama touching la jugak sebab Hani macam dah kenal je kakak dia kannn. Biasalah mak-mak emosi tu lain sikit..hehee...


Aku ada perasan jugak sejak 2 3 minggu ni Hani dah start main airliur. Maka dengan rasminya rambut aku pun banyak la yang gugur. Ada kaitan ke? ntahla ye tu kate orang tua-tua. Tapi mungkin kebetulan la kot sekarang ni memang la rambut aku tengah gugur dengan meriahnya...huhu..naseb la aku ni jenis rambut yang tebal. Pastu sekarang memang tengah ligat hisap jari kadang sampai basah-basah baju sebab airliur habis kena baju sekali.


Buat masa ni tu jela perkembangan dia. Baru 4 bulan kan. Lebih kurang macam Hana la jugak time umur gini. Perkembangan pun lebih kurang sama. Hana nak masuk umur 5 bulan baru dia pantai meniarap. Lambat sikit la...takpe biar lambat asal selamat kannnn...kikikikiiiii..




 
Wassalam, EnaMokhtar

Perbarisan Sukan

Assalamualaikum w.b.t

Salah satu yang aku suka ialah bila tiba time sukan. Sebabnya biasalah bila duduk kat department Engineering ni staff pompan memang tak ramai. Jadi bila time sukan tu ko pandai ke ko tak pandai ke tetap jugak kena main sukan sebab nak bagi ada wakil untuk team wanita. Kalau lelaki tu tak payah cakap la kan almost 90% kat department engineering ni lelaki. So,kalau time sukan dorang memang kena buat pemilihan la..hahaha..

Tapi untuk tahun ni ramai yang tak dapat nak join sukan untuk team wanita sebab ramai yang sedang injured termasuk yang tengah membuyong sekarang ni...hahaha..so, wakil wanita hanyalah untuk sukan bowling dan badminton sahaja. Jadilah dari takde langsung keennnnn...

Perbarisan sukan ni menandakan bermulanya Liga Sukan Inter Division KLIA. Maknanya semua unit dari KLIA ni akan bertanding untuk merebut tempat juara yang sekali gus akan mewakili KLIA untuk Liga Sukan Inter Airport. Maknanya yang wakil dari Airport KLIA ni nanti akan lawan pulak dengan airport-airport lain satu Malaysia ni haaaa...heibat kan..yang tu tunggu tahun depan laaa...Venue dia kat Kota Kinabalu. Dasat ko main sukan sampai ke KK..hahaha..

Macam 2 tahun lepas Hubby pun wakil KLIA untuk team Dart. Walaupun Dart kan tapi i bangga la jugaks sebab laki i kira aktif la main sukan...waaakakaka..jangan tak tau team KLIA menang tau lawan dengan semua airport satu Malaysia...haaaa...gituuu..hahaha tu yang tahun ni Hubby semangat lain macam sebab kalau boleh nak menang lagi sebab nak main kat KK pulak katenye. Gud luck la hubby yeee.. i always support sama u...kikikii..

Tempat kejadian adalah di HQ. Alahh..kalau siapa yang biasa naik kapal terbang tu, kalau korang perasan bangunan sebelah Masjid KLIA tu la bangunan HQ Malaysia Airports (MAHB).



 Wakil wanita engineering. Yang kat tengah tu Engineer paling sempoiiii....


 Oh my Hubby


 Wakil team Engineering KLIA


Petang tu naseb baiklah cuaca tak panas sangat. Angin kuat. Sejuk la sikit. Kalau nak ikutkan team kitorang jelar yang pakai sweater bagai. Tapi takpe sebab semangat sukan punye pasal kan. Baju free tu so kenala hargai kennnn...


Lepas je perbarisan tu banyak pulak lah kontrovesi nya. Malas aku nak layan !!




Wassalam, EnaMokhtar