TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Wednesday, 9 January 2013

Warehouse sale 10-13jan 2013

Assalamualaikum w.b.t



Ada 2 tempat sale yang bakal berlangsung 10 hingga 13 Jan ni..So, bagi korang yang tak tahu nak abeskan saki baki duit bonus+gaji aritu boleh la terjah ke sini ye..Tapi harap maklum la kalau dah namanye warehouse sale tu makanye orang nye pun ala-ala warehouse juga la ye...ramaiiii...jadi kalau nak pegi tu better jangan dibawa anak-anak. Pergi laki bini je..bukan apa,kesian kat anak-anak bersesak nanti.

No .1


Sogo warehouse-jan2013
10-13 January 2013

KL Sogo Warehouse Clearance Sale

Up to 70% Off


** For Admission on 10-13 Jan 2013**
Please present your valid S Card
You are welcome to bring along 2 guests to this event
 
Brands Offered
Pierre Cardin
Valentino Creations
Giossardi
ellphe
Guess
Polo
Intan Suri
Soda Exchange
Voir Jeans
Smalto
Bonia
Renoma
Meyer Skyline
Jean Perry
La Gourmet
Niki Cains
MotherClub
KikiLala
Pigeon
Pureen
Disney Cuties
 
Products Offered
Fashion Wear
Leather Goods
Childrenswear
Home Furnishing
and more
 
Location
KL Sogo Multi Purpose Hall, Foyer,
Walkway & Waterfall Arium 7F



 No.2


Baby-Kiko-Warehouse-Sales
10-13 January 2013

Baby Kiko Warehouse Clearance Sale

Products Offered
Baby Apparels
Accessories
Feeding
Weaning
and more
Time
10am – 5pm
 
Location
No.1, Jalan Industri PBP 13
Taman Industri Pusat Bandar Puchong
47100 Puchong
Selangor
 
Info
Additional RM4 discount with every RM20 purchases
(Apparels ONLY)
 
For more information, visit:
 
 
Aku macam nak pergi je Sogo esok, tapi tula bila fikir-fikir balik boleh ke aku jalan sakan shopping celah-celah orang ramai tu. Dengan perut memboyot ni haaa..Dah cakap dengan Hubby semalam pasal sale kat sogo ni. Dia pun macam berminat je. Tapi tula kena amik cuti kalau nak pergi esok sebabnya memang tak la aku nak masuk KL time weekend. Jem memanjang je kat Jalan TAR tu haa..
 
Yang baby kiko tu saje aku tempek kat sini untuk pengetahuan korang. Memang takde niat pun nak pergi. Sebab tau memang akan kena serbu punyer. Sama juga macam Warehouse Pureen tu haa...Eh,sape tau pureen bila lagi nak buat warehouse sale? sila inform aku ye..kalau pergi situ memang berbaloi walaupun terpaksa bersesak...haha...
 
Tapi kan 18-20 Jan ni ada mother expo pulak kat PWTC. Tapi kebanyakkan review aku pasal baby expo ni macam tak best sangat la. Means booth tak banyak pastu jauh kedalam pulak tu. Nak kena jalan kaki jauh kedalam sikit la gitu. Tak sesuai untuk ibu-ibu mengandung katanye. Compare dengan mother expo kat midvalley lagi berbaloi katenye. Pada sapa-sapa yang ada info pasal mother expo kat Midvalley boleh la roger-roger aku ye...


http://imageserve.babycenter.com/17/000/145/Q8Z5BIGw5P6UdAdXgqAbbbG0lKjzitiC




Kalau ikutkan hati memang aku nak terjah je semua tempat jualan murah barangan baby ni. Yelar aku esok dah masuk 33weeks tapi haram satu benda pun tak beli lagi. Maknanye kelengkapan untuk ibu berpantang dengan barangan asas baby la. Mana taknye hubby je yang lebih tanya bila nak shopping tapi aku macam malas nye la nak kuar rumah. Lagi best kalau baring atas tilam sambil tengok tv..Tengokla kalau esok aku ada perasaan nak gi sogo aku cuti laa..Nanti aku up la entry pasal shopping barang baby nie ye..
 
Tapi kan kalau shopping kat jj pun ok gak kan..rasa macam nak shopping kat jj je esok..kenapa esok? sebab hubby time cuti die esok jadi ok la kot kalau nak shopping esok sebab orang tak ramai. Time keje kan...Pape pun esok macam dah kompom je aku nak amik cuti ni. Borang cuti tak isi lagik...pedulikkkk..amik EL sudaahhhhh...tak pun amik MC je...ibu mengandung kan senang mintak MC..hehe...
 
Eh, banyak nye aku melalut.......

 
 
Wassalam, EnaMokhtar

Thursday, 3 January 2013

Check up 32weeks: Klinik Sariah Nilai

Assalamualaikum w.b.t

Pagi tadi aku gi check up sekali lagi kat Klinik Sariah. Check up+cucuk kancing gigi sekali. Aaaa...scan lagi sekali sebab nak tau kedudukan kepala baby.

Overall semua ok. Masa cucuk tak sakit pun. Macam kena gigit dengan semut je..hehe..tapi masa scan tu yang buat aku risau sikit. Sebabnya sekarang aku baru masuk 32weeks. Tapi bila scan doktor kata baby besar. Dah cecah 2.3kg. Kat skrin tunjuk 35weeks punya perkembangan baby...Waaaa...seriau pulak aku dengar doktor cakap baby awak ni besar. Tapi takpe, next checkp up 17 jan 2013. Doktor nak scan lagi sekali. Nak tengok saiz baby lagik sekali. Pastu kepala baby still kat atas. Tapi takpe, awal lagi baby akan sentiasa berpusing kat dalam ni haa...

Erm..ape lagi yeee....tekanan darah..ok..berat naik 0.9gram..last week masa checkp up kat Columbia berat 60kg. Tap tadi timbang kat Klinik Sariah berat 60.9kgs. So, okla...

Gender pun dah tau masa check up kat Columbia haritu. Baru tadi ni hubby tanya bila nak shopping. Aku ni kalau datang time rajin aku. Anytime pun boleh je nak shopping. Tapi sebab sekarang ni macam malas sikit nak keluar jenjalan so, shopping tu nanti-nanti la kot..hehe..alar, untuk baby kedua ni tak perlu nak beli banyak sangat sebab barang-barang Hana pun masih ada yang tak pakai lagi so boleh je nak ulang pakai kat adik dia nanti. Barang-barang tu macam set ketip kuku+sikat, tilam , stroller, semua pun elok lagi. Tapi bab stroller tu mybe aku nak tukar lain la kot sebab nak beli yang kecik sikit. Dah survey-survey rege yang mampu milik. In Shaa Allah kalau ada rezeki boleh la beli baru. Pastu ingat stoller tu aku nak letgo jela. Stroller Anakku. Pakai pun jarang-jarang. Cume sekarang ni tinggal nak beli baju bajan jelar. Bab yang ni syok kan kalau shopping. Mau tak hinggat dunia aku shopping nanti haha....

So far kesihatan aku ok. Takde demam-dema dah lagi. Mual dan loya pun dah hilang dibawa angin...haha Alhamdulillah. Cumenya bila dah makin sarat ni. pinggang akan mula rasa sakit dan lengguh. Itu perkara biasa bagi ibu mengandung. Ni baru anak no. 2 kalau esok2 ada rezeki anak ketiga dan seterusnya mau la sakit pinggang cemana la nanti ye dak?

Ok,

Setakat ni la dulu aku membebel..nanti ada masa aku cite lain plak ye..




Wassalam, EnaMokhtar

Wednesday, 2 January 2013

Selamat Tahun Baru Masihi 2013

Assalamualaikum w.b.t

Tak sangka kan kejap sangat masa berlalu. Sekarang dah masuk 2013. Macam biasa la azam tahun lepas ada yang tak tercapai akan di carry fowardkan ke tahun ini...hahaha...

Erm...

Sepanjang tahun 2012 dah beberapa kali jugak perkara atau kenangan yang tak berapa nak best untuk dikenang tapi itu semua boleh dijadikan pengajaran dan tauladan sebagai pegangan hidup pada tahun 2013.

Dan yang paling penting tahun 2013 adalah tahun yang sangat membahagiakan sebab tak lama lagi kami sekeluarga akan dapat orang baru. In shaa Allah....semoga Allah permudahkan segala urusanku..

Ok,

Tahun 2013 ni juga aku akan start buat bisnes megenai kesihatan. Iye, memandangkan sepanjang tahun 2012 kesihatan aku agak merudum..demam selalu sampai masuk wad. Yang ni belaku sebelum aku pregnent yee...Jadi atas kesedaran itu, aku decide nak try la jual produk-produk kesihatan yang bersumber kan bahan-bahan asli. Mungkin jugak akan ada produk kecantikkan. Iyela, kalau dah namanye pompan kannnnn...tak sah kalau taknak cantik...untuk siap? of course la untuk hubby tersayang kan...

In Shaa Allah jugak nanti akan ada jamu buatan tangan hasil dari turun temurun keluarga aku. Kan aku pernah stori sebelum ni, mak aku ada buat jamu sendiri kan? dan keberkesanan jamu mak aku tu memang terbukti sudah. Sampai sekarang pun orang masih tercari-cari jamu mak aku tu. Tapi sebab mak aku tak berapa nak larat buat sensorang jadi nye jamu tu sudah tidak dipasarkan lagi..Tapi In Shaa Allah kalau takde aral melintang, lepas habis pantang nanti aku nak start pasarkan balik jamu mak aku tu dalam bentuk yang komersial laa...Dalma bentuk kapsul. Jadi senang nak telan kannn...

Sebabnye sebelum ni pun jamu mak aku tu kena rebus dulu baru boleh minum. Tu yang pahitnye..tak tahan...Takpe semua tu dalam perancangan laaa..In Shaa Allah...semoga Allah permudahkan urusan aku nanti..Ameen..Oh yee..jamu ni sesuai untuk dimakan oleh kaum adam dan kaum hawa..

Ok,

Kepada silent readers yang rajin terjah blog aku ni. Terima kasih la sangat..Jangan segan-segan jadi follower aku...In Shaa Allah kalau ada masa lapang aku terjah blog korang ehhhh...sekarang ni pun aku rajin blogwalking tapi cuma tak sempat nak drop komen...baca pun sepintas lalu jee..Ada masa boleh la aku drop komen blog korang yee...

Pape pun yang berlaku pada tahun lepas jadikan lah ia sebagai satu panduan dan tauladan dalam meneruskan kehidupan disepanjang tahun 2013 ni. Aku doakan korang semua sihat selalu..ok?

Till then...babai...:)



Wassalam, EnaMokhtar