TERIMA KASIH KEPADA PENGIKUT

Monday, 31 December 2012

Check up 30weeks di Columbia Seremban: Gynea Doc.Intan

Assalamualaikum w.b.t

Entry tidak bergambar dan agak panjang. Digalakkan untuk sediakan popcorn ketika membaca baru la feel..ekekekee...

layannnnnn...


Ok,fisrt sekali....sebelum korang nak pegi mana-mana Hospital untuk bersalin/check up (check up biasanye untuk 30weeks ke atas) dokumen yang perlu dibawak adalah :

i- Surat refer doktor dari klinik.
ii- Surat GL (kalau guna panel hospital laa..)
iii- Buku merah/ buku check up.
iv- i/c

Yang ni prosedur biasa bila nak pegi check up kat Hospital ye..tapi kalau dah nak bersalin biasa tak payah dah surat refer doktor. Ini biasa untuk kes kecemasan la..macam aku dulu..bawak gl je bersalin kat Putrajaya. Hospital still terima lagi. Kebetulan waktu tu ada katil kosong jadi aku terus kena admit walaupun baru bukak 1cm.

Ok. sekarang aku cerita pasal Hospital Columbia Asia Seramban. Sebab apa aku pilih Hospital ni korang boleh la baca entry aku yang INI...

Aku buat appointment lebih kurang 3 minggu sebelum tarikh checkp up. Bila dah confirm appointment baru boleh jumpa doktor.

Check up adalah pada 28/12/2012 hari Jumaat. Lebih kurang 30weeks++ masa ni. Sekarang aku dah 31weeks yee...Gerak dari ofis (klia) lebih kurang pukul 2.30pm sampai sana dlm kol 3.00++ pm la..Kalau nak diikutkan dari rumah aku Nilai-Seremban lebih kurang 30min je. Nilai-Hos.Putrajaya dalam 20min. Nilai-Bangi (An-nur) dalam 30min++ juga. Jadi perjalanan tu takdela beza jauh sangat kaaann..hehe

Columbia Asia ni terletak di kawasan seremban 2. Bangunan dia betul2 lepas Tesco Seremban 2. Jalan depan sikit akan nampak bangunan pentadbiran Columbia blah kiri. Hospital dia belah kanan yee..Kitorang parking betul-betul depan Hospital. Parking kat dalam Hospital agak terhad tapi kalau korang nak parking kat luar pun boleh...

Masuk je kat dalam terus ke kaunter pendaftran. Serahkan segala dokumen yang diperlukan seperti diatas. Tapi nanti penjaga kaunter akan tanya nak jumpe doktor siapa? pastu di akan check kita dah buat appointment ke belum. Jadi penting untuk buat appointment sebelum jumpa doktor yeee..

Ok,bila dah setel urusan kat kaunter, dia akan bagi 1 buku appointment dan kita perlu tunggu sehingga nama dipanggil oleh nurse yang jaga bahagian kaunter klinik pulak. Kena jalan kedalam sikit laa...Tunggu dalm 10min gitu baru nama dipanggil. Pastu nanti nurse kat kaunter tu tanya la kat aku first time datang ke..nak bersalin kat sini atau nak buat check up sahaja..bla,bla...pastu aku cakap yang memang nak bersalin kat situ.

Ok, dah siap urusan kat kaunter klinik terus jeee aku kena tunggu kat depan pintu bilik doktor. Urusan kat kaunter klinik dalam 5min jee..Tak sampai 5min aku duduk tunggu kat depan pintu bilik doktor Intan. Terus jee nurse bagitau yang Doktor ada emergency orang nak bersalin katenye..So,kena tggu dalam 45min -1jam yeee...haha..Tapi aku redha jelar sebab doktor kalau dah ramai patient memang gitu laa..Jadi sementara tunngu tu aku dok round la dalam kawasan hospital..

Kawasan hospital ok. Sedap mata memandang. Bersih,selesa, kawasan lobi pun agak luas. Kat setiap ruang menunggu ada tv. Jadi tak boring kot. Cuma yang tak best caef dia la..macam takde ape sangat la. Mungkin sebab dah petang kot. Masa tu pun dekat kol 4 kot...hehe..tapi tu tak penting laa..

Suasana masa aku pergi tu macam biasa la kat mana-mana Hospital pun..orang ramai jee..tapi takde la crowded sangat still selesa lagi. Ruang menunggu pun selesa. Cuma ruang menunggu kat depan bilik doktor tu je yang agak terhad. Tapi takpe, kalau tak selesa tunggu kat situ, boleh je nak duduk kat ruang menuggu depan kaunter klinik. Kat situ pun ada disediakan kerusi.



Ok.

Bila dah hampir 1 jam menunggu tu. Doktor pun masuk la balik bilik die. Dan aku adalah orang ketiga yang dipanggil. Masa tu dah pukul 4 lebih. Jadi anggaran masa dari aku sampi pukul 3++pm dengan urusan kaunter sampai la menunggu doktor lebih kurang 2 jam juga. Itu pun sebab doktor ada emergency. Kalau tak, mungkin dalam 1 jam dah setel kot. Bagi aku tu perkara biasala...Lagi pun first time gi situ kaannn...

Jadi masuk2 je dalam bilik. Doktor Intan dah siap2 bagi salam dan hulur tangan nak bersalam. First impression aku pasal dia. Dia baik. Lemah lembut. Penerangan pun sangat details. Dia tanya aku pasal deliver sebelum ni. Aku stori la dari A-Z. Lepas tu masa scan pun dia terangkan sangat details pasal baby. Scan 4D. So, nampak la rupa paras baby macam mana. kedudukan uri, Tali pusat, lepas tu keadaan baby, air ketuban, yang penting gender baby sudah diketahui...hehe..ok pasni dah boleh shopping!!! hahaaaa...

Doktor cakap semua ok dan cantik. Means aku takde pape problem. Kepala baby still kat atas. Tapi doktor kata takpe, sebab awal lagi. Baby akan sentiasa tukar position kepala. Yang penting ibu sihat dan takde pape problem. Melainkan kalau dah dekat 37/38 weeks baby still breech then waktu tu memang boleh membahayakan ibu dan baby. Silap-silap operate. Haaa...yang tu aku taknak. Dah cakap siap-siap dengan doktor untuk kelahiran kali ni aku taknak amik epidural dan nak bersalin normal macam sebelum ni. Doktor Intan just cakap Insya'Allah boleh sebab awak takde pape problem semua cantik je saya tengok masa scan tadi..

Duduk dalam bilik Doktor lebih kurang 30min la juga sebab first time datang checkp up kat dia jadi banyak la juga penerangan dia bagi. Sambil borak-borak. Ghupe-ghupernye dia kenal dengan doktor Sariah. Klinik temapat aku checkp up sebelum ni...Last sebelum balik dia tanya aku nak checkp up kat Sariah balik atau check up kat dia je memandangkan aku takde pape problem jadi lepas bincang dengan Hubby. Kitorang decide check up kat Klinik Sariah je sampai la next appointment 1Feb 2013 kat Doktor Intan balik.

Jadi kesimpulannya, aku sangat berpuas hati dengan keadaan service Hospital Columbia. Nurse pun sangat friendly. Ada budak office aku kate kat Columbia ramai nurse India. Mula-mula mcm cuak la jugak kan. Tapi bila dah pergi sendiri takde la teruk sangat. Sama ramai je pun dengan nurse melayu. So,Insya'Allah kalau takde aral melintang dengan izin Allah s.w.t aku dan hubby dah decide nak bersalin di Hospital Columbia je..

Aku kongsikan ape yang so far aku lalui je..orang lain aku tak tau. Terpulang pada pandangan masing-masing ye..review ni pun xdela membantu sangat. Tapi boleh la kot pada sapa-sapa yang tengah nak mencari hospital bersalin menggunakan gynea perempuan Islam.

Ok,

Bab bil pulak disebabkan aku pakai GL hubby, maka aku takde la keluar sesen pun yeee..Datang lenggang kangkung je pun...ekekekek...Tapi sebelum balik tu aku kena sain bil la..charge kena dalam rm68 gitu..jumpa doktor dan scan 4d jee...Ok la kot. Sebab tempat lain aku tak tau rate cemaner..

Untuk Charge bersalin aku tak sempat nak tanya. Next check up nanti aku tanya k..



Wassalam, EnaMokhtar

Review: Columbia Asia Seremban gynea Doc Intan

Assalamualaikum w.b.t


Hai uolss..hehe..sihat ke semua? sekarang ni dah jadi seminggu sekali pulak aku hupdate belog tapi takpe...maafkan lah tuan punyer badan ye...lama beno tak hupdate..

Anyway,

aku nak up entry pasal Columbia Asia Seremban gynea Doktor NurIntan...nanti kalau aku free aku cerita dari A - Z okeh?

sekarang ni nak siapkan keje dulu. Sebab harini kan last day 2012. So, nak kena closed la mana-mana report yang berkenaan. Insya'Allah kalau semua dah siap nanti aku cite k..

till then...babai...heeeee...




Wassalam, EnaMokhtar

Monday, 17 December 2012

Set bersalin Tanamera

Assalamualaikum w.b.t

Mula-mula aku plan nak amik je set bersalin yang aku pakai sebelum ni iaitu Salindah. Tapi sebab bila fikir-fikir balik set bersalin tu aku tak habis pun pakai. Pakai sekerat jalan je. Sebab die jenis pil berunsur hemeopati. Kena telan sekian-sekian biji. Takde jamu-jamu.

Nak dijadikan cerita aku blogwalking la belog the famos amos kak Moon terus terbaca entri pasal set bersalin Tanamera. Baca Punya baca aku terus macam ehh....syok la tengok set dia tu ala-ala treatment kat spa. Total set dia ada 11 item. Kesemua item aku suka la sangat. Sebab set dia totally memang untuk treatment luar dan dalam badan. Dan paling best dia 100% semulajadi. Takde campuran bahan kimia. Dan bukan terdiri dari ubat-ubat komersial. kesemua item dia dapat kelulusan dari kementerian kesihatan dan Halal dari JAKIM. Best kan?

Jom tengok apa yang ada dalam set Tanamera nih..yang ni aku kopipes dari TANAMERA...

TANAMERA postnatal care set

Our skin is alive and is the largest organ of our body. Anything that we apply on our skin is absorbed and processed by the various systems within our body. This is the foundation how our natural products help to strengthen and fortify new mother’s healing in a shorter time.
TANAMERA postnatal care set contains 11 products that :
  • Are formulated based on traditional Malay, Chinese and Ayurvedic postnatal treatments to provide a natural solution for new mother’s body to heal from the inside-out in a balanced manner, hormonally and physically.
  • Are made from plant-based 100% natural ingredients with emphasis on the use of tropical herbs and essential oils, with no artificial coloring, fragrance, preservative, toxic chemical nor ‘jamu’ which are harmful to babies.
  • Are designed to provide care during pregnancy to help prepare for smoother delivery, and care during confinement to help new mothers rest, recover and rejuvenate to prepregnancy body and shape, in the shortest time possible.
  • Are breastfeeding friendly and with aromatherapy effect to calm and soothe new mothers to faster recovery.

TANAMERA postnatal care set is retailed at RM360 in West Malaysia and RM370 in East Malaysia, including postage.
 

Each Tanamera Postnatal Care Set has 11 products to help new mothers recover and rejuvenate, in the shortest time possible
 

 1 : Cold Pressed Virgin Coconut Oil
 
  2 : Feminine Herbal Wash
  3 : Herbal Bath
 
  4 : Herbal Massage Oil
  5 : Firming Herbal Blend Paste
 
  6 : Abdominal Wrap
  7 : Herbal Tea
 
  8 : Calming Herbal Blend Paste
  9 : Boreh Body Scrub
 
  10 : Brown Formulation Soap

  11 : Lavender Floral Water



Untuk details maklumat setiap satu item boleh je ke TANAMERA dan klik setiap satu gambar. Kat situ korang boleh baca maklumat penggunaan dan bahan-bahan yang digunakan.
 
Bila aku baca satu-satu. Rupa-rupanya tak syak lagi yang Set bersalin Tanamera ni dihasilkan dari sumber asli tumbuh tumbuhan herba yang memang selalu nenek-nenek kita gunakan masa berpantang. Macam kunyit hidup,lengkuas, manjakani etc..etc..cumanya dia dizahirkan dalam bentuk komersial je..kotak pun nampak exclusive kan. Tapi yang penting isi dalam dia tu Insya'Allah dapat beri manfaat pada tubuh badan. Dalam banyak-banyak item, aku paling suka VCO dan Brown Soap. Kalau lepas bersalin pun boleh je nak pakai..untuk tanggalkan daki-daki dan kerak-kerak kat badan...haha...VCO tu pulak elok untuk sapu kat kulit. Budak-budak pun boleh pakai. Sebab dia terhasil dari minyak kelapa dara. Selamat dan suci.

Lagi 1 dalam set ni xde jamu. Itu pun aku suka sebab aku memang tak suka minum jamu. Cukuplah masa pantang ritu mak aku paksa minum jamu yang dia buat sendiri. Pahit melekat. ekekekeke...

Setakat ni aku memang dah target nak beli ni je..Harga pun lebih kurang je dengan set-set bersalin yang lain. Harapnya aku dapatla berpantang dengan baik kali ni. Walaupun anak kedua tapi excited macam nak dapat anak pertama je...hehe..sapa dah lalui mesti faham punye la maksud aku nih..Hopely semua berjalan lancar la ye..Harap-harap masa bersalin nanti pun semuanya ok. Bersalin normal la kan..Insya'Allah hanya kepada Allah la tempat aku bergantung....ameenn...




 Wassalam, EnaMokhtar